Cara Tebus e Tunai RM100 Guna MAE, Setel, ShopeePay & TNG eWallet
Ini cara tebus e Tunai RM100 yang rakyat Malaysia akan terima tidak lama lagi! Jom kami kongsikan lebih lanjut kepada anda berkaitan cara tebus e Tunai 100 tersebut.
Isi Kandungan
Program Kredit eMADANI RM100
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 Bilion bagi bantuan e Tunai RM100 atau program kredit eMADANI untuk
- 10 juta warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan penerima STR; dan
- berpendapatan tahunan adalah RM100,000 dan ke bawah.
Pendaftaran kredit eMADANI ini dibuka mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2023 dan kredit boleh dimanfaatkan sehingga 29 Februari 2024.
Pembelian Yang Tidak Dibenarkan Menggunakan Kredit eMADANI RM100
Penggunaan kredit eMADANI RM100 dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan eWallet yang ditetapkan adalah hanya boleh dibelanja secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024.
Anda boleh guna kredit eMADANI RM100 tersebut untuk membuat sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit / perniagaan melalui eWallet pilihan anda, kecuali untuk
- Pemindahan ‘peer-to-peer’.
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
- Penebusan tunai.
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi eWallet.
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi eWallet.
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi eWallet.
- Pembelian permainan (games) terintegrasi dengan aplikasi eWallet.
- Bayaran tempat letak kereta dan / atau tol.
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi eWallet.
Cara Tebus E Tunai RM100
Sebelum anda mengetahui cara tebus e Tunai RM100 ini, anda perlu tahu dahulu perkhidmatan apa yang dibolehkan untuk membuat penembusan.
Antara penyediaan perkhidmatan eWallet yang terlibat adalah
- MAE Maybank.
- Setel.
- ShopeePay.
- Touch ‘n Go eWallet.
Seterusnya anda boleh mula login & verify eWallet untuk tebus kredit eMADANI RM100 dan banyak lagi ganjaran yang akan diterima bermula pada 4 Disember 2023 (Isnin) ini.
Perkhidmatan | Cara Tebus E Tunai RM100 |
MAE Maybank | Berikut adalah langkah-langkah untuk menuntut e Tunai RM100 melalui aplikasi MAE Maybank iaitu Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE. Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama. Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’. Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya. |
Setel | Berikut pula adalah langkah-langkah untuk menuntut e Tunai RM100 melalui aplikasi Setel iaitu Langkah 1: Lancarkan aplikasi Setel. Langkah 2: Klik pada icon ‘eMADANI’ pada halaman utama. Langkah 3: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’. Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eMADANI anda berjaya. |
ShopeePay | Cara pengaktifan akaun ShopeePay adalah seperti berikut: Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”. Langkah 2: Ketik “Sediakan ShopeePay” Langkah 3: Simpan nama penuh & nombor kad pengenalan anda. Tandai kotak pilihan untuk bersetuju menerima terma & syarat. Langkah 4: Anda akan menerima mesej teks (SMS) dengan kata laluan sekali (OTP). Masukkan kod pengesahan 6 digit untuk meneruskan. Langkah 5: Cipta & sahkan PIN ShopeePay 6 digit yang anda inginkan. Langkah 6: Tahniah, anda telah berjaya mengaktifkan ShopeePay anda! Seterusnya, berikut pula adalah langkah-langkah untuk membuat pengesahan (verify) akaun ShopeePay iaitu: Langkah 1: Ketik pada bar dompet halaman utama atau pergi ke halaman “Saya” dan ketik pada “ShopeePay”. Langkah 2: Ketik pada “Sahkan Sekarang”. Langkah 3: Muat naik foto kad pengenalan anda & swafoto kad pengenalan anda. Tandakan pada Terma & Syarat & ketik pada “Sahkan”. Pengesahan kad pengenalan akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk diproses. |
Touch ‘n Go eWallet | Jika anda ingin menggunakan TNG eWallet pula untuk menuntut e Tunai RM100, anda perlu login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan. Langkah 1: Pada aplikasi TNG eWallet, klik ikon eMADANI pada halaman utama. Langkah 2: Kemudian, masukkan maklumat anda dan klik ‘Hantar’. Langkah 3: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntuan TNG eWallet anda berjaya. |
Pastikan anda telah memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan eWallet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Setelah berjaya menebus, anda boleh menggunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di kedai-kedai yang mengambil bahagian.
Semoga perkongsian cara tebus e Tunai RM100 di atas bermanfaat untuk anda yang layak di luar sana dan selamat berbelanja!