2 Cara Mudah Tukar Kad Maybank Secara Online Dan Di Kiosk
Kad Maybank hilang? dicuri? atau rosak? Pening tak tahu mana nak dapatkan kad baru. Nak ke bank tiada masa pula, esok lusa dah gaji. Duit bantuan kerajaan pun masuk Maybank ni. Buntu!
Nak tahu semudah ABC je sebenarnya kita boleh tukar kad Maybank. Tak perlu ke bank, tak perlu berganjak pun dari tempat duduk. Semuanya Online!
Oh ya, ada satu kaedah lagi tak perlu beratur panjang di kaunter, pergi saja di mesin khas untuk buat kad maybank baru, proses di situ dalam tak sampai dua minit siap. Mudah!
Melalui perkongsian seorang pengguna facebook, Fatiha Faizuallah Offcl tentang pengalamannya menukar kad maybank secara percuma menerusi online, ianya mendapat sambutan hingga ada lebih 50 ribu share, 3.7 ribu komen dan 2.7 ribu like. Wow sangat. Jom apa kata kita tengok apa perkongsian beliau.
Isi Kandungan
Bayaran Tukar Kad MaybankÂ
“So hari nie sis share sikit kot jadi manfaat utk semua yg susah nk keluar kekangan masa dengan anak kecik mcm sis nie boleh cuba… Sis mohon 20/5, hari nie 24/5 dah dpat.. fee caj utk card nie 00 tapi xtau la kod masa kad dah aktif nanti depa tolak plak kan hahhaa… Sebab saya punya card dah aktif tapi still xda penolakan .. sebab masa buat tu dia dah keluar fee 00..”
Menurut perkongsian saudari Fatiha itu, tiada caj dikenakan sewaktu memohon kad secara online.
Cara-Caranya
Jom kita tengok cara-cara menukar kad Maybank secara online seperti yang dikongsikan oleh saudari Fatihah ini. aiknya beliau siap kongsi gambar step by step lagi untuk rujukan kita semua.
- Log in Maybank2u
- Klik SETTING
- Klik CARD
- Pilih DEBIT CARD – REPLACE, ACTIVE & BLOCK
- Klik titik 3 ‘…’ di sebelah kanan
- Pilih REPLACE CARD
- Isikan alamat lengkap korang untuk pengeposan kad.
- Klik T&C untuk setuju > tekan REPLACE CARD
- Klik REQUEST SMS TAC > dapat notification no. TAC >Masukkan no. TAC dan klik ‘CONFIRM’
- Selepas menerima kad ATM baru, aktifkan kad mengikut arahan dlm surat tu.
Langkah 1:
Log in Maybank2u macam biasa. Lepas tu setting bahagian atas, pilih CARD.
Langkah 2:
Ok ambik bahagian CARD yang dibulat itu.
Langkah 3:
Kemudian tekan bahagian titik 3 ini.
Langkah 4:
Kemudian pilih REPLACE, ACTIVE & LOCK seperti dalam gambar.
Langkah 5:
Cari tiga titik di bawah. Ok mcm dalam gambar ni titik 3 ada di bahagian bawah sikit. Status card saudari Fatiha pending lagi sebab kad baru. Boleh aktifkan dengan 2 cara:
- Pergi ke mesin ATM
- Aktif online jugak
Pilih card dan pilih aktif.. tak sampai 5 minit siap.
Langkah 6:
Ok lepas tekan titik 3 tu ambik REPLACE CARD dan dia akan keluar nama kita dan beserta alamat lengkap. Tapi alamat tu boleh tukar mengikut alamat yang kita nak dia hantar ke mana.
Langkah 7:
Selesai semua step di atas, boleh terus submit. Tunggu sehingga kad sampai.
Cara Buat Kad Maybank Di Mesin
Menurut perkongsian rakan facebook lain, iaitu Aisyah Khor, teramat-amat mudah nak buat kad ganti Maybank di kiosk atau mesin.
Dokumen Perlu Dibawa
Sebelum pergi ke kiosk atau mesin di cawangan Maybank terpilih, pastikan bawa 2 benda ni untuk melancarkan proses buat kad. Kalau tak bawa, memang tak dapat buat ya.
- Kad Pengenalan (IC)
- Kad debit lama
Cara-caranya:
- Pergi ke Kiosk Kad Debit di bahagian ATM bank. Pilih Bahasa> masukkan kad debit lama> masukkan no. pin kad ATM 6 digit.
- Pilih jenis/ corak kad baharu yang diinginkan.
- Masukkan IC MyKad dalam mesin dan imbas cap jari di mesin kiosk tersebut. (Jangan angkat sebelum diarahkan di skrin)
- Tunggu seketika untuk mesin memproses maklumat.
- Sila ambil kad debit baharu yang akan dikeluarkan dan telah diaktifkan (sedia diguna). Pengguna boleh juga memilih untuk mencetak resit bagi transaksi.
Jom tengok step by step mengikut gambar di bawah:
Langkah 1:
Pilih bahasa di skrin dan masukkan kad ATM lama beserta 6 digit no pin kita.
Langkah 2:
Pilih jenis corak kad yang kita nak. Ada beberapa pilihan yang diberikan.
Langkah 3:
Masukkan kad pengenalan dan thumb print menggunakan jari kiri.
Langkah 4:
Tunggu sehingga kad baru kita keluar. Siap!
Senarai cawangan Maybank yang ada kiosk tukar kad
Di sini kami kongsikan senarai cawangan Bank Maybank yang ada tersedia kiosk ini. Ingat, bukan semua cawangan ada kiosk tukar kad maybank ni ya.
Macam mana? Membantu ke tak bagi kalian yang sedang berfikir macam mana cara nak tukar kad Maybank yang rosak atau hilang ini? Jika membantu, jom kita pakat share agar ramai lagi yang tahu kaedah mudah dan cepat ini. Sesungguhnya kita mudahkan urusan orang, pasti urusan kita akan turut dipermudahkan.
Kalau kad Maybank dah ok, tapi yang lain rosak seperti kad RFID, boleh rujuk Cara Tukar Kad RFID Rosak. Semoga bermanfaat.