Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA UNTUK DAPATKAN 50% DISKAUN TNB SELAMA 6 BULAN INI

Berita baik buat semua! DISKAUN TNB kini sudah kembali!

Rakyat Malaysia boleh dapatkan potongan diskaun sehingga 50% bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 6 bulan bermula dari 1 April hingga 30 September 2020  di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) seperti yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tempohari.

Tetapi ada syarat yang anda kena tahu.

Anda semua perlu menghadkan penggunaan elektrik di rumah anda.   Ini bermaksud kurang penggunaan, lagi banyak diskaun yang anda dapat.

Isi Kandungan

DISKAUN TNB

Bagaimana untuk dapatkan diskaun sehingga 50% bil elektrik TNB selama 6 bulan?

Kadar diskaun adalah di antara 2% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing.  Ini adalah tambahan daripada diskaun 2% kepada pengguna domestik yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac.

Tidak perlu mohon

Anda tidak perlu membuat apa-apa permohonan.   Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.

TIPS : Untuk mendapatkan diskaun 50% bil elektrik TNB selama enam bulan ini,  anda perlu memastikan penggunaan eletrik rumah anda tidak melebihi 200kWh sebulan.

Berikut adalah jumlah kadar diskaun untuk pengguna domestik yang telah ditetapkan :-

CARA UNTUK DAPATKAN 50% DISKAUN TNB SELAMA 6 BULAN INI 1
DISKAUN TNB

Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.  Sebagai contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.

Jadi mudah sahaja untuk menerima diskaun 50%, anda hanya perlu periksa bahagian ‘Kegunaan (kWh/kW)’ bil elektrik terkini rumah anda (kotak merah gambar di bawah) dan pastikan ia TIDAK melebihi 200kWH bermula April ini sehingga 30 September 2020.

CARA UNTUK DAPATKAN 50% DISKAUN TNB SELAMA 6 BULAN INI 2
DISKAUN TNB

Berikut adalah Tips MUDAH Jimatkan Elektrik di Rumah

1.  Mencabut Plug Selepas Menggunakan Alatan Elektrik

Selepas tidak lagi menggunakan alatan elektrik, sila tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan.   Begitu juga pada wifi di rumah anda, bolehlah di padam dan di cabut sekali  pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.

2.  Bijak Penggunaan Penghawa Dingin

Anda boleh jimatkan elektrik dengan cara, buka penghawa dingin pada suhu terendah (contoh 16 darjah celsius) dan kipas yang paling kuat (contoh level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30 minit ke 45 minit.

Lepas tu setkan pada suhu 25 atau 26 darjah celsius dan kipas pula setkan separuh (contoh: level 2). Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur dan sebagainya.

Waktu paling banyak guna elektrik ialah semasa baru on  dan apabila kita laraskan suhu pada darjah celsius yang tinggi 24 jam, kompresor akan kerja lebih dan akibatnya anda akan dicaj dengan kadar bil elektrik yang tinggi.

Satu lagi, jangan kerap on dan off, ia menambahkan lagi tenaga yang digunakan.

3.  Tidak Menggunakan Alat-alat Pemanas Elektrik

Antara contoh pemanas elektrik yang sering digunakan pada masa kini adalah periuk nasi elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser.   Anda lebih digalakkan agar menggunakan dapur gas api semasa memasak.

Semoga tips ini dapat membantu anda semua jimatkan penggunaan elektrik.  Semakin banyak anda jimatkan penggunaan elektrik, semakin tinggi kadar diskaun yang akan anda ada dapat.

sumber : Tenaga Nasional Berhad

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More