Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA YANG BETUL LUPUSKAN PAKAIAN DALAM

Pakaian dalam merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit. Ia menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan oleh peluh.

Setiap wanita pasti akan memiliki pakaian yang banyak. Setiap bulan pasti akan membeli yang baru,yang lama pula mungkin sudah tidak digunakan lagi. Jangan pula anda memberi pada orang kerana pakaian tidak boleh dikongsi untuk kebersihan.

Perkara yang merunsingkan setiap wanita ialah bagaimana cara untuk melupuskan pakaian yang tidak boleh digunakan lagi seperti sudah kecil,koyak dan sebagainya.

Jika hendak bakar, mencemarkan alam sekitar pula, hendak buang begitu sahaja risau disalah guna pula oleh orang tidak bertanggungjawab. Jadi ini penyelesaian yang boleh anda lakukan:

Bahan yang diperlukan:

Gunting

CARA YANG BETUL LUPUSKAN PAKAIAN DALAM 1

Plastik sampah

CARA YANG BETUL LUPUSKAN PAKAIAN DALAM 2

Cara-cara

1) Gunting pakaian dalam anda sekecil-kecilnya.  Hingga kalau ada orang yang menjumpainya, mereka tak mungkin dapat menyambung kembali pakaian tersebut. Keluarkan besi, span, gunting renda dan segalanya.  Racik-racik.
 
2) Masukkan perca pakaian dalam ke beberapa plastik sampah yang berbeza.  Ini untuk mengurangkan kemungkinan untuk orang menemui satu set lengkap pakaian anda
yang sudah diracik kecil.
 
3) Berdoa agar pakaian dilupuskan dengan baik.  Jauhi dari anasir yang mahu berbuat jahat. Insya Allah, selamat.

INGAT, BUANG PAKAIAN DALAM IKUT CARA BETUL

PAKAIAN DALAM

Selepas ini jangan anggap pakaian dalam jika sudah rosak,buang begitu sahaja, kita perlu   buat cara begini agar orang yang terjumpa tidak tahu itu adalah pakaian dalam, takut pula ada yang ambil dan bersihkan kemudian jual semula di kedai.

Takut juga bila ada pula yang berniat jahat untuk menyalahgunakan pakaian yang di buang itu dengan berbuat sesuatu yang tidak baik. Sebelum terkena lebih baik semua wanita sediakan payung sebelum hujan.

Sememangnya agak leceh untuk kita menggunting satu per satu, tetapi ini untuk kebaikan juga. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua yang membaca.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More