Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cikgu Fadli Salleh Buat 1 Pendedahan Ramai Guru Cemerlang Tawar Hati Dengan KPM

Cikgu Fadli Salleh sekali lagi meluahkan rasa kecewa beliau berkenaan sebilangan besar guru yang hebat dan cemerlang kini sudah berhenti menjadi guru. Berikut merupakan petikan daripada Facebook beliau.

Ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara kita, namun orang-orang atasan sana tak nak akui.

Cikgu Fadli Salleh
Cikgu Fadli Salleh

Dan apa akibatnya? Akibatnya sistem pendidikan negara kehilangan guru-guru hebat yang super berdedikasi.

Antaranya guru Adiwira Samuel Issiah. Sangat sedih bila Sam melangkah keluar dari KPM, salah seorang sahabat guru yang sangat aku kasihi dan kagumi. Dan beberapa rakan guru Adiwira lain turut menyuarakan hasrat yang sama.

Negara kita sedang mengalami kerugian yang besar! Ramai guru-guru hebat, guru-guru Adiwira, guru-guru contoh, guru-guru berdedikasi pakat tawar hati dengan sistem pendidikan kita yang langsung tak nak dengar luahan pelaksana.

Cikgu Fadli Salleh

Aku tidak boleh sebut nama kawan-kawan yang tawar hati ini, risau mereka dipulaukan dan dikenakan tindakan pula. Namun kawan-kawan yang sama perjuangan dengan aku pasti tahu siapa orangnya.

Bukan seorang. Bukan dua orang. Ramai. Mereka ini bukan guru biasa. Mereka guru inspirasi yang menang banyak anugerah, yang banyak tabur bakti, menghabiskan masa dan wang ringgit tanpa berkira. Kerana mereka kasihkan pendidikan lebih dari segala-galanya.

Sesungguhnya ada yang tidak kena dengan KPM dan mereka tak nak akui.

Semoga gelombang kebangkitan rakyat akibat cubaan membuang saya dari sistem ini menjadi titik tolak kepada perubahan dalam KPM agar menjadi lebih disegani dan cemerlang.

Cikgu Fadli Salleh Buat 1 Pendedahan Ramai Guru Cemerlang Tawar Hati Dengan KPM 1

Jujur kata, saya kasih akan pendidikan negara. Namun ada tangan-tangan berkuasa tidak senang melihat adanya guru yang jujur dalam bicara.

Begitulah.

#MFS

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More