Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Cornflakes Madu Mudah, Rangup & Sedap Manis

Berikut admin ingin kongsikan satu resepi mudah kuih raya yang sering menjadi kegemaran ramai, iaitu cornflakes madu.

Cornflakes merupakan bijirin yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya apabila tiba musim perayaan.

Malah, sajian seperti cornflakes madu sentiasa menghiasi bekas kuih di setiap rumah ketika Hari Raya.

Menggunakan gabungan cornflakes yang rangup bersama-sama madu yang manis, cornflakes madu pasti menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat umur, terutamanya kanak-kanak!

Isi Kandungan

Resepi Cornflakes Madu

Cornflakes madu ini sangat mudah untuk dibuat kerana bahan-bahannya sangat simple dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi terkini daripada Che Nom.

Resepi Cornflakes Madu Mudah, Rangup & Sedap Manis 1
Cornflakes Madu

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat cornflakes madu sangatlah mudah seperti berikut:

  • 5 Cawan Cornflakes
  • 1/4 Cawan Madu
  • 1/4 Cawan Mentega
  • 1 1/2 Sudu Besar Gula Kastor
  • Ceri / Manik Tabur (Untuk Hiasan)
  • Paper Cup

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat cornflakes madu adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan ketuhar (preheat) pada suhu 150°C selama lebih kurang 10 hingga 15 minit untuk memastikan suhu stabil.
  2. Hancur cornflakes secara kasar di dalam mangkuk yang besar supaya lebih mudah dimuatkan ke dalam paper cup nanti.
  3. Cairkan mentega di dalam periuk kecil dengan api perlahan.
  4. Kemudian, masukkan madu dan gula kastor.
  5. Kacau hingga gula larut dan campuran sebati.
  6. Tuangkan campuran mentega, madu dan gula yang telah dicairkan ke dalam mangkuk yang berisi cornflakes tadi.
  7. Gaul rata menggunakan spatula atau senduk kayu sehingga semua kepingan bersalut sempurna.
  8. Masukkan campuran ke dalam papercup dan padatkan sedikit jika perlu supaya tidak mudah berderai setelah dibakar.
  9. Hiaskan setiap paper cup yang telah diisi dengan conflakes yang telah bersalut madu itu dengan potongan ceri atau taburan manik mengikut cita rasa anda.
  10. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°C selama kira-kira 10 hingga 15 minit sehingga ianya menjadi sedikit keemasan.
  11. Selepas selesai dibakar, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk sepenuhnya di atas redai (cooling rack). Pastikan lapisan madu dan mentega mengeras dahulu untuk mengekalkan tekstur rangup.
  12. Sedia untuk dihidangkan sebagai kudapan di waktu santai atau sebagai sebahagian juadah Hari Raya yang sering menjadi kegemaran ramai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Almond LondonResepi Biskut SemperitResepi Biskut Coklat ChipResepi Biskut Nestum, Resepi Biskut Makmur.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More