Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Cornflakes Salted Caramel, Kuih Raya Viral 2025

Berikut admin ingin kongsikan satu resepi kuih raya yang telah menjadi kuih raya viral pada tahun ini, iaitu cornflakes salted caramel.

Isi Kandungan [show]

Resepi Cornflakes Salted Caramel

Cornflakes salted caramel ini sangat mudah untuk dibuat kerana bahan-bahannya sangat simple dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi terkini daripada Che Nom.

Resepi Cornflakes Salted Caramel, Kuih Raya Viral 2025 1
Cornflakes Salted Caramel

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat cornflakes salted caramel sangatlah mudah seperti berikut:

  • 200g Cornflakes
  • 75g Gula Perang
  • 75g Gula Putih
  • 50g Anchor Pure Butter (boleh juga guna jenama lain)
  • 120ml Anchor Dairy Whipping Cream (boleh juga guna jenama lain)
  • 1/2 hingga 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • Paper Cup

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat cornflakes salted caramel adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C hingga 160°C selama lebih kurang 5 minit.
  2. Ratakan cornflakes di atas dulang pembakar (boleh lapik dengan kertas) dan bakar antara 5 hingga 7 minit untuk jadikan cornflakes lebih garing serta membantu penyerapan caramel.
  3. Sementara itu, sediakan semua bahan lain kerana proses membuat caramel memerlukan kita bergerak dengan pantas.
  4. Sediakan Anchor Pure Butter (boleh guna salted atau unsalted butter) dan Anchor Dairy Whipping Cream (dipanaskan hingga suam).
  5. Masukkan gula perang dan gula putih di dalam kuali. Gunakan kuali yang berdinding tebal dan api sederhana perlahan supaya gula tidak cepat hangus. Biarkan gula tersebut cair perlahan di tepi, kemudian baru kacau perlahan-lahan ke arah tengah sehingga semuanya cair dan berwarna perang keemasan.
  6. Apabila gula sudah cair, masukkan Anchor Pure Butter pada suhu bilik. Kacau dengan teliti kerana ia akan berbuih. Kacau sehingga pekat dan sebati.
  7. Kemudian, tuang Anchor Dairy Whipping Cream yang telah suam sedikit demi sedikit, sambil sentiasa mengacau untuk elakkan caramel bergentel. Berhati-hati kerana campuran panas mudah terpercik.
  8. Selepas itu, masukkan garam dan esen vanilla.
  9. Kacau sehingga tekstur menjadi licin dan matikan api. Rehatkan 1 hingga 2 minit untuk biarkan suhu menurun sedikit.
  10. Gaulkan sos caramel ke dalam mangkuk besar yang berisi cornflakes yang masih suam tadi. Kacau secara kaup balik agar semua serpihan cornflakes bersalut sekata tanpa hancur.
  11. Masukkan campuran ke dalam paper cup dan padatkan sedikit jika perlu supaya tidak mudah berderai setelah dibakar.
  12. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°C hingga 160°C selama 5 hingga 10 minit supaya caramel melekat elok dan cornflakes bertambah rangup.
  13. Selepas selesai dibakar, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk sepenuhnya di atas redai (cooling rack). Pastikan betul-betul sejuk sebelum simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau.
  14. Sedia untuk dihidangkan sebagai kudapan di waktu santai atau sebagai sebahagian juadah Hari Raya yang sering menjadi kegemaran ramai.

Selain cornflakes salted caramel, cornflakes madu juga antara kuih raya yang popular dan sentiasa menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat umur pada Hari Raya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More