Covid-19 Boleh Aktif Semula Pada Pesakit Sembuh
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Korea mendakwa bahawa wabak coronavirus mampu ‘aktif kembali’ pada orang yang telah sembuh dari penyakit ini, lapor Bloomberg.
SEOUL – Koronavirus (Covid-19) mungkin ‘aktif semula’ menjangkiti individu yang telah sembuh.
Perkara itu dinyatakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Korea Selatan selepas kira-kira 51 pesakit yang diisytiharkan telah pulih Covid-19 kembali positif virus tersebut.
Pengarah Umum CDC, Jeong Eun-kyeong berkata, virus tersebut mungkin aktif semula dalam tubuh mereka tidak lama selepas tempoh kuarantin berakhir.
Covid-19
“Kami sedang menjalankan kajian komprehensif tentang perkara ini. Terdapat banyak kes apabila keputusan ujian pada pesakit berubah-ubah,” ujarnya yang mengesahkan CDC Korea akan melakukan penyelidikan epidemiologi terhadap perkara tersebut.
Difahamkan, pesakit dianggap pulih sepenuhnya selepas menjalani dua ujian secara selang dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan keputusan negatif.