2 Tips Hasilkan Cucur Bilis Jagung Rangup
Cucur Bilis Jagung Rangup ini sangat mudah untuk disediakan. Sangat sedap, makan pula panas-panas sambil mengambil angin petang fuhhh memang nikmat sangat!
Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai.
Admin tahu pasti ibu-ibu di rumah agak kekeringan idea mahu buat makanan atau kuih apa untuk minum petang dengan keluarga apatah lagi pada hujung minngu kan? Jadi, jangan risau, admin akan sentiasa kongsikan resepi-resepi menarik untuk semua yang tengah mencari dan ingin mencuba.
Isi Kandungan
Resepi Cucur Bilis Jagung Rangup
Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?
Resepi Cucur Bilis Jagung Rangup ini adalah ilham dan perkongsian resepi daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan Untuk Buat Cucur Bilis Jagung Rangup
Bahan-bahannya adalah:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 batang jagung
- 2 tangkai cili merah
- 1/2 – 1 biji bawang besar
- 1 batang kecil lobak merah
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 ikat daun kuchai
- 3 cawan air panas (boleh kurangkan kepada 2 cawan)
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit gula
- 1/2 kiub pati ikan bilis (opsyenal)
Cara Penyediaan Cucur Bilis Jagung Rangup
Cara-cara untuk menghasilkan Cucur Bilis Jagung ini adalah dengan mengikuti 3 langkah berikut:
Langkah 1: Cara-cara untuk penyediaan
- Cili merah buang biji dan cincang halus.
- Ikan bilis basuh dan toskan kemudian cincang halus.
- Bawang holland potong dadu.
- Carrot buang kulit dan parut halus.
- Potong daun kuchai (boleh ganti daun bawang) dalam 1-2 cm.
- Potong keluar isi jagung.
Langkah 2: Cara-cara untuk mengadun
- Dalam mangkuk yang berasingan masukkan tepung jagung, tepung beras, garam, gula, bawang holland, carrot, ikan bilis, daun kuchai, cili merah dan pati ikan bilis (pilihan).
- Masukkan air panas dan gaul sebati.
- Kemudian rehatkan 10-15 minit.
Langkah 3: Cara-cara untuk masak
- Panaskan minyak dan goreng adunan.
- Sudukan sudu besar adunan dan tolak dengan satu sudu lagi (kalau nak jemput dengan hujung jari juga boleh).
- Kerap kacau sebelum angkat.
- Angkat dan toskan minyak.
- Hidang dengan sos atau kuah kacang.
Tips Hasilkan Cucur Bilis Jagung Rangup
- Jangan goreng atau letak banyak sangat adunan pada satu-satu masa takut suhu minyak turun.
- Apabila adunan separuh masak, kuatkan sedikit api dan kerapkan kacau, nanti cucur akan rangup di luar dan lembut di luar, minyak pun kurang meresap.
Credit Sumber: Che Nom
Jika anda mahu Cucur Bilis Jagung anda sedap dan rangup diluar tapi lembut didalam, anda perlu cuba resepi daripada Che Nom ni tau! Admin dah try, jadi anda bila lagi!
Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Cucur Bilis Jagung Rangup ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk membuat juadah minum petang atau juadah untuk jualan kecil-kecilan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!