Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cukai Jualan 10% Ke Atas Barang Bernilai Rendah

Berikut dikongsikan tentang cukai jualan 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah yang akan mula dikenakan pada 1 Januari 2024.

Isi Kandungan

Penguatkuasaan Cukai Jualan LVG

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), cukai jualan sebanyak 10% ke atas barang bernilai rendah atau Low Value Goods (LVG) yang dijual secara dalam talian (online) akan dikenakan mulai 1 Januari tidak lama lagi.

Semua pembelian dalam talian yang diimport dari luar negara dan dijual dengan harga dibawah RM500 secara online bakal dikenakan cukai LVG.

Tujuan pelaksanaan cukai LVG ini oleh pihak JKDM adalah bagi

  • mengimbangkan harga jualan antara produk luar dan produk tempatan.

Hanya penjual yang mempunyai nilai ambang jualan LGV sebanyak RM500,000 dalam masa 12 bulan perlu mendaftar dengan JKDM.

Perundangan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Bagaimanapun, pengenaan cukai jualan ke atas LVG hanya akan bermula pada 1 Januari 2024.

Platform dalam talian merujuk kepada platform yang menyediakan kemudahan untuk jualan dan pembelian LVG termasuk pasaran yang dikendalikan melalui laman web, internet portal atau pintu masuk (gateaway).

Cukai jualan dikenakan ke atas nilai jualan LVG tidak termasuk sebarang cukai, duti, yuran atau caj lain seperti pengangkutan, insurans atau kos lain.

Untuk makluman, sebelum ini jualan LVG bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport masuk ke Malaysia selaras dengan kemudahan de minimis.

Cukai Jualan 10% Ke Atas Barang Bernilai Rendah 1
Cukai Jualan

Apakah yang dimaksudkan dengan Barang Bernilai Rendah (LVG)?

Semua barangan yang dijual pada harga yang tidak melebihi RM500 dan dibawa masuk ke Malaysia melalui darat, laut atau udara, tidak termasuk

  • rokok;
  • produk tembakau;
  • minuman keras yang memabukkan;
  • rokok elektronik dan elektrik peribadi yang serupa peranti pengewapan; dan
  • penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair gel, sama ada atau tidak mengandungi nikotin.

Pendaftaran Barang Bernilai Rendah (LVG)

Selaras dengan penguatkuasaan perundangan, Penjual Berdaftar yang akan mengenakan cukai ke atas LVG ini adalah

  1. Sesiapa sahaja, sama ada orang Malaysia atau orang asing.
  2. Sesiapa sahaja yang menjual barang bernilai rendah (LVG).
  3. Menjual barang yang dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui mod darat, laut atau udara.

Selain itu, jumlah nilai jualan barang bernilai rendah (LVG) ke dalam Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan, adalah bertanggungan untuk berdaftar sebagai Penjual Berdaftar.

Penjual Berdaftar adalah penjual yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di bawah peruntukan Akta Cukai Jualan 2018 (LVG).

Pendaftaran LVG boleh dibuat melalui pautan pada laman web berikut

>>>PERMOHONAN CUKAI JUALAN KE ATAS PENDAFTARAN LVG<<<

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai cukai jualan ke atas LVG ini, anda boleh rujuk dan hubungi saluran-saluran berikut:

Laman Webhttps://lvg.customs.gov.my/ atau http://www.customs.gov.my/ms/pages/utama.aspx
E-mel[email protected] atau [email protected]
Talian1-300-888-500 (Domestik) atau +60 3-7806 7200
Waktu Panggilan: 8.00 AM – 5.00 PM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More