Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cuti Tambahan Melaka 2024 Sempena Sambutan Hari Jadi TYT

Berikut dikongsikan mengenai Cuti Tambahan Melaka 2024 sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Isi Kandungan

26 Ogos Merupakan Cuti Tambahan Melaka 2024

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju bahawa tarikh 26 Ogos 2024 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Untuk makluman, 24 Ogos 2024 (Sabtu) adalah merupakan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka dan ia adalah cuti umum bagi Negeri Melaka.

Justeru, Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan bahawa 26 Ogos 2024 (Isnin) adalah sebagai cuti tambahan sempena Sambutan Hari Jadi tersebut.

Cuti Tambahan Melaka 2024 Sempena Sambutan Hari Jadi TYT 1
Cuti Tambahan Melaka 2024 Sempena Sambutan Hari Jadi TYT 2
Cuti Tambahan Melaka 2024

Pengiystiharan cuti ini adalah selaras dengan Seksyen 9(1), Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). Berikut adalah kenyatan media rasmi mengenai cuti tambahan tersebut:

Akta Kerja 1955

Walaupun terdapatnya banyak cuti umum (Hari Kelepasan Am) yang diwartakan dibawah Akta Hari Kelepasan Am 1951 di Malaysia, namun di bawah Akta Kerja 1955, majikan TIDAK DIWAJIBKAN memberikan cuti pada setiap cuti umum yang diwartakan itu kepada pekerja mereka.

Majikan boleh memilih sebelas (11) cuti sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun kalendar.

Namun dari 11 itu, lima (5) daripadanya adalah WAJIB, iaitu

  1. Hari Kebangsaan.
  2. Hari Keputeraan YDP Agong.
  3. Hari Keputeraan Raja-Raja / YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan.
  4. Hari Pekerja.
  5. Hari Malaysia.

Cuti umum WAJIB diatas tidak boleh diganti dengan hari lain.

Baki enam (6) cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka. Akan tetapi majikan wajib memberitahu pekerja melalui satu notis yang dipamerkan di tempat kerja sebelum bermulanya tahun kalendar yang baru.

Cuti Umum Tambahan

Satu lagi cuti tambahan adalah di bawah bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955, iaitu:

pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am dibawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951.

Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 ini merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh Kerajaan yang belum diwartakan.

Cuti Tambahan Melaka 2024 Sempena Sambutan Hari Jadi TYT 4

Semoga perkongsian tentang Cuti Tambahan Melaka 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua terutamanya rakyat negeri Melaka di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More