Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Kelepasan Am / Cuti Umum 2025 Di Malaysia

Berikut adalah senarai cuti umum 2025 untuk makluman dan rujukan utama semua rakyat Malaysia diluar sana bagi merancang percutian dan sebagainya sepanjang tahun 2025.

Isi Kandungan

Senarai Cuti Umum 2025

Kalendar Malaysia 2025 telah dikeluarkan dan berikut adalah senarai cuti umum 2025 untuk semua negeri yang terdapat di Malaysia, iaitu

  1. Wilayah Persekutuan
  2. Johor
  3. Kedah
  4. Kelantan
  5. Melaka
  6. Negeri Sembilan
  7. Pahang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Pulau Pinang
  11. Sabah
  12. Sarawak
  13. Selangor
  14. Terengganu

Berikut adalah senarai cuti umum 2025 / Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri semua negeri-negeri di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri yang rasmi.

Hari Kelepasan Am / Cuti Umum 2025 Di Malaysia 1
Hari Kelepasan Am / Cuti Umum 2025 Di Malaysia 2
Hari Kelepasan Am / Cuti Umum 2025 Di Malaysia 3

Akta Cuti Umum / Hari Kelepasan Am

Untuk makluman umum, berikutan Akta Kerja 1955, majikan boleh memilih 11 cuti sahaja untuk diikuti tetapi jika lebih daripada itu tiada masalah.

Daripada 11 cuti tersebut, 5 daripadanya wajib diikuti iaitu

  1. Hari Kebangsaan.
  2. Hari Keputeraan YDP Agong.
  3. Hari Keputeraan Raja-Raja / YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan.
  4. Hari Pekerja.
  5. Hari Malaysia.

Baki 6 cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.

Majikan wajib memaklumkan cuti-cuti yang dipilih ini kepada pekerja sebelum tahun baru bermula menerusi ‘circular’ di papan notis dan sebagainya.

Ini adalah berikutan Akta Hari Kelepasan Am 1951, cuti umum tambahan di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am.

Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 ini merujuk kepada cuti yang belum di wartakan atau cuti mengejut yang diberikan oleh Kerajaan.

Bolehkah Majikan Meminta Pekerja Berkerja Pada Cuti Umum / Hari Kelepasan Am Ini?

Walaupun majikan telah menetapkan hari-hari cuti yang pekerja layak mendapat cuti berbayar, namun ini tidak bermakna majikan tidak boleh meminta pekerja bekerja pada cuti umum (hari kelepasan am) tersebut.

Namun, jika pekerja bekerja pada hari cuti umum (hari kelepasan am), maka pekerja layak mendapat upah yang lebih tinggi mengikut kadar minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Di samping itu, jika pekerja ponteng sebelum atau selepas cuti umum (hari kelepasan am), pekerja boleh hilang kelayakan untuk mendapatkan cuti umum.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana! Selamat menyambut tahun baharu kepada semua rakyat Malaysia!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More