Cuti Umum Kedah 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri)

Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Kedah 2024 untuk makluman dan rujukan semua rakyat Negeri Kedah bagi merancang percutian bersama keluarga.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Kedah 2024
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Kedah 2024.
Senarai Hari Kelepasan Am 2024 bagi Negeri Kedah dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kerajaan Kedah.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
8 Februari 2024 | Khamis | Israk Dan Mikraj | Negeri |
10 Februari 2024 | Sabtu | Tahun Baru Cina | Persekutuan Dan Negeri |
11 Februari 2024 | Ahad | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Persekutuan Dan Negeri |
12 Mac 2024 | Isnin | Awal Ramadan | Negeri |
10 April 2024 | Rabu | Hari Raya Aidilfitri | Persekutuan* |
11 April 2024 | Khamis | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua | Persekutuan* |
1 Mei 2024 | Rabu | Hari Pekerja | Persekutuan |
22 Mei 2024 | Rabu | Hari Wesak | Persekutuan |
3 Jun 2024 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
17 Jun 2024 | Isnin | Hari Raya Aidiladha | Persekutuan* |
18 Jun 2024 | Selasa | Hari Raya Aidiladha Hari Kedua | Persekutuan* |
30 Jun 2024 | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Negeri |
7 Julai 2024 | Ahad | Awal Muharram | Persekutuan |
31 Ogos 2024 | Sabtu | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
16 September 2024 | Isnin | Hari Malaysia | Persekutuan |
16 September 2024 | Isnin | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Persekutuan |
31 Oktober 2024 | Khamis | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2024 | Rabu | Hari Krismas | Persekutuan |
* Tertakluk Kepada Perubahan
Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari Jumaat atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari itu digantikan dengan hari bekerja berikutnya, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.
Jika Hari Kelepasan Am Negeri itu jatuh pada hari Sabtu, maka Hari itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am Negeri dan tidak diganti pada hari-hari lain.

Cadangan Tempat Percutian Menarik Di Negeri Kedah
Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman atau juga dikenali sebagai negeri Jelapang Padi merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia.
Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,447 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Satun Songkhla dan Yala di Thailand. Kedah juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
Negeri Kedah mempunyai 12 buah pecahan pentadbiran peringkat pertama yang dikenali sebagai daerah. Daerah-daerahnya adalah seperti berikut:
- Daerah Kota Setar
- Daerah Kuala Muda
- Daerah Kubang Pasu
- Daerah Kulim
- Daerah Langkawi
- Daerah Pokok Sena
- Daerah Pendang
- Daerah Bandar Baharu
- Daerah Yan
- Daerah Padang Terap
- Daerah Baling
- Daerah Sik
Seterusnya, berikut antara cadangan tempat-tempat menarik di Negeri Kedah yang boleh dikunjungi ketika percutian, antaranya adalah
- Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar
- Muzium Padi
- Rumah Merdeka
- Pusat Sains Negara Wilayah Utara
- Balai Nobat
- Air Terjun Batu Hampar
- Makam Mahsuri
- Balai Seni Negeri
- Tree Top Walk Sungai Sedim
- Pulau Dayang Bunting
- Langkawi Mangrove Tour
- Kolam Air Panas Baling
- Pendang Lake Resort
- Taman Rekreasi Bukit Hijau
- Pulau Songsang
- Pekan Rabu Alor Setar
- Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohammad
- Balai Besar
- Galeri Sultan Abdul Halim
- Beras Terbakar
- Muzium Negeri Kedah
- Kota Kuala Kedah
- Taman Lagenda
- Telaga Harbour Marina
- Pantai Pasir Hitam
- Muzium 3D Langkawi
- Puncak Gunung Jerai
- Pantai Merdeka
- Air Terjun Lata Bayu
- Fantasia AquaPark
- MnM Whimsical Houses
- Muzium Arkeologi Lembah Bujang
- Muzium DiRaja Kedah
- Ulu Legong Hot Spring
- Dataran Helang
- Paradise 101 Langkawi
- Laman Padi
- Kereta Kabel Langkawi
- Langkawi Sky Bridge
- Air Terjun Telaga Tujuh
- Pantai Cenang
- UMGAWA Zipline Eco Adventure
- Skytrex Adventure Langkawi
- Kilim Karst Geoforest Park
- Masjid Zahir
- Ulu Muda Eco Park
Kesimpulannya, semoga perkongsian senarai cuti umum Kedah 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana dan dapat membantu untuk merancang percutian anda.