Cuti Umum Kelantan 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri)
Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Kelantan 2024 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Kelantan bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Kelantan 2024
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Kelantan 2024.
Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang bertarikh 21 November 2023.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
10 Februari 2024 | Sabtu | Tahun Baru Cina | Persekutuan Dan Negeri |
11 Februari 2024 | Ahad | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Persekutuan Dan Negeri |
12 Februari 2024 | Isnin | Cuti Tahun Baru Cina | Negeri |
28 Mac 2024 | Khamis | Hari Nuzul Al-Quran | Negeri |
10 April 2024 | Rabu | Hari Raya Aidilfitri | Persekutuan* |
11 April 2024 | Khamis | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua | Persekutuan* |
1 Mei 2024 | Rabu | Hari Pekerja | Persekutuan |
22 Mei 2024 | Rabu | Hari Wesak | Persekutuan |
3 Jun 2024 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
16 Jun 2024 | Ahad | Hari Arafah | Negeri |
17 Jun 2024 | Isnin | Hari Raya Aidiladha | Persekutuan* |
18 Jun 2024 | Selasa | Hari Raya Aidiladha Hari Kedua | Persekutuan* |
7 Julai 2024 | Ahad | Awal Muharam | Persekutuan |
31 Ogos 2024 | Sabtu | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
1 September 2024 | Ahad | Cuti Hari Kebangsaan | Negeri |
16 September 2024 | Isnin | Hari Malaysia | Persekutuan |
17 September 2024 | Selasa | Cuti Hari Malaysia | Negeri |
16 September 2024 | Isnin | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
29 September 2024 | Ahad | Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V | Negeri |
30 September 2024 | Isnin | Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Hari Kedua | Negeri |
31 Oktober 2024 | Khamis | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2024 | Rabu | Hari Krismas | Persekutuan |
* Tertakluk Kepada Perubahan
Bagi Hari Kelepasan Am yang disenaraikan, sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat dan Sabtu) secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.
Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama Kelepasan Mingguan (Hari Jumaat), tidak ada cuti gantian bagi Hari Kelepasan Am tersebut kecuali apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kedua Kelepasan Mingguan (Hari Sabtu), maka hari yang berikutnya adalah hari cuti gantian.
Tempat Menarik Di Kelantan
Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan.
Mempunyai keluasan lebih kurang 15,040 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan wilayah Narathiwat, Thailand.
Kelantan ialah sebuah negeri Agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Jajahan ialah kawasan yang terdapat di negeri Kelantan, Malaysia dan ia diketuai oleh Ketua Jajahan di Pejabat Tanah dan Jajahan. Istilah jajahan hanya digunakan di negeri Kelantan sahaja, manakala negeri lain menggunakan istilah daerah.
Setiap daerah diketuai oleh Penggawa. Setiap daerah terdapat beberapa mukim yang di ketuai oleh penghulu. Antara jajahan di Kelantan adalah
- Kota Bharu
- Tumpat
- Pasir Mas
- Pasir Puteh
- Bachok
- Machang
- Jeli
- Tanah Merah
- Kuala Krai
- Gua Musang
- Lojing
Seterusnya, berikut antara tempat-tempat menarik di Kelantan Darul Naim yang boleh dikunjungi ketika percutian iaitu
- Pasar Siti Khadijah
- Taman Negara Kuala Koh
- Lata Beringin
- Muzium Kraftangan
- Muzium Negeri Kelantan
- Pantai Bisikan Bayu
- Muzium Adat Istiadat
- Pantai Cahaya Bulan
- Menara Jam Tambatan Diraja
- Taman Air Splash
- Gua Ikan
- Pantai Melawi
- Jeram Mak Nenek
- Muzium Wau
- Kolam Air Panas Tok Bok
- Jeram Pasu
- Air Terjun Jeram Linang
- Bebas Cukai Rantau Panjang
- Wakaf Che Yeh
- Kota Sultan Ismail Petra
- Masjid Muhammadi
- Muzium Islam
- Gelanggang Seni
- Muzium Perang Bank Kerapu
- Pantai Tok Bali
- Muzium Diraja Istana Batu
- Pantai Sri Tujuh
- Pantai Irama
- Jambatan Keretapi Guillemard
- Bazar Buluh Kubu
- Bebas Cukai Pengkalan Kubor
- Gunung Stong
- Street Art
- Pasar Terapung Pulau Suri
- Air Terjun Jelawang
- Rumah Api Pantai Senok
- Bazar Tok Guru
Kesimpulannya, semoga perkongsian senarai cuti umum Kelantan 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana dan dapat membantu untuk merancang percutian anda.