Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Kelantan 2025
Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Kelantan 2025 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Kelantan bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Kelantan 2025
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Kelantan 2025.
Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang bertarikh 17 Disember 2024.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Persekutuan |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Negeri |
18 Mac 2025 | Selasa | Hari Nuzul Al-Quran | Negeri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa | Persekutuan* |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Puasa Hari Kedua | Persekutuan* |
1 Mei 2025 | Khamis | Hari Pekerja | Persekutuan |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Persekutuan |
2 Jun 2025 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
6 Jun 2025 | Jumaat | Hari Arafah | Negeri |
7 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji | Persekutuan* |
8 Jun 2025 | Ahad | Hari Raya Haji Hari Kedua | Persekutuan* |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharam | Persekutuan |
31 Ogos 2025 | Ahad | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
5 September 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Persekutuan |
29 September 2025 | Isnin | Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V | Negeri |
30 September 2025 | Selasa | Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Hari Kedua | Negeri |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Persekutuan |
Maklumat Tambahan
Untuk makluman, bagi Hari Kelepasan Am yang disenaraikan, sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat dan Sabtu) secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.
Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama Kelepasan Mingguan (Hari Jumaat), tidak ada cuti gantian bagi Hari Kelepasan Am tersebut kecuali apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kedua Kelepasan Mingguan (Hari Sabtu), maka hari yang berikutnya adalah hari cuti gantian.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat merancang cuti anda!