Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Perlis 2025

Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Perlis 2025 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Perlis bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Perlis 2025
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Perlis 2025.

Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 30 Julai 2024.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
27 Januari 2025 | Isnin | Israk Dan Mikraj | Negeri |
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Persekutuan |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Negeri |
18 Mac 2025 | Selasa | Hari Nuzul Al-Quran | Negeri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa | Persekutuan* |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Puasa Hari Kedua | Persekutuan* |
1 Mei 2025 | Khamis | Hari Pekerja | Persekutuan |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Persekutuan |
17 Mei 2025 | Sabtu | Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis | Negeri |
2 Jun 2025 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
7 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji | Persekutuan* |
8 Jun 2025 | Ahad | Hari Raya Haji Hari Kedua | Negeri |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharam | Persekutuan |
31 Ogos 2025 | Ahad | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
5 September 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Persekutuan |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Persekutuan |
Maklumat Tambahan
Untuk makluman, jika mana-mana Hari Kelepasan Am itu jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan Am yang lain, maka hari tersebut hendaklah digantikan dengan hari esoknya dan jika hari esoknya itu juga telah sedia menjadi Hari Kelepasan, maka hari berikutnya pula hendaklah dijadikan Hari Kelepasan, dan begitulah sebaliknya.
Jika Hari Kelepasan itu jatuh pada hari Sabtu, tidak ada Hari Kelepasan ganti baginya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat merancang cuti anda!