Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Sarawak 2025
![Cuti Umum Sarawak 2025](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2025/02/Cuti-Umum-Sarawak-2025-750x430.jpg)
Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Sarawak 2025 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Sarawak bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Sarawak 2025
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Sarawak 2025.
![Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Sarawak 2025 1 Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Sarawak 2025 1](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2025/02/Cuti-Umum-Sarawak-2025-1024x683.png)
Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kerajaan Sarawak.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
1 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru 2025 | Negeri |
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Persekutuan |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Negeri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa | Persekutuan* |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Puasa Hari Kedua | Persekutuan* |
18 April 2025 | Jumaat | Good Friday | Negeri |
1 Mei 2025 | Khamis | Hari Pekerja | Persekutuan |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Persekutuan |
1 Jun 2025 | Ahad | Gawai Dayak | Negeri |
2 Jun 2025 | Isnin | Gawai Dayak Hari Kedua | Negeri |
3 Jun 2025 | Selasa | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
7 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji | Persekutuan* |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharam | Persekutuan |
22 Julai 2025 | Selasa | Hari Sarawak | Negeri |
31 Ogos 2025 | Ahad | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
1 September 2025 | Isnin | Cuti Umum | Negeri |
5 September 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Persekutuan |
11 Oktober 2025 | Sabtu | Hari Jadi Gabenor Sarawak | Negeri |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Persekutuan* |
24 Disember 2025 | Rabu | Christmas Eve | Negeri |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Persekutuan |
Maklumat Tambahan
Berikutan Akta Kerja 1955, majikan boleh memilih 11 cuti sahaja untuk diikuti tetapi jika lebih daripada itu tiada masalah.
Daripada 11 cuti tersebut, lima (5) hari daripadanya wajib diikuti, iaitu:
- Hari Kebangsaan.
- Hari Keputeraan YDP Agong.
- Hari Keputeraan Raja-Raja / YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan.
- Hari Pekerja.
- Hari Malaysia.
Baki enam (6) hari cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat merancang cuti anda!