Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Langkah Daftar Tabung Haji Online Menggunakan THiJARI

Pasti ramai lagi yang tidak tahu cara untuk daftar haji dengan mudah. Sebenarnya selain terus ke kaunter tabung haji berdekatan, daftar tabung haji online iaitu melalui atas talian juga boleh dibuat.

Justeru, hari ini kami akan kongsikan cara untuk daftar tabung haji online yang boleh dicuba sendiri hanya menggunakan telefon pintar dan tanpa perlu ke kaunter tabung haji.

Isi Kandungan

Apa Itu Lembaga Tabung Haji?

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji di Malaysia.

Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH juga menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit TH.

TH adalah sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH adalah

  • Pengurusan Haji.
  • Tabungan.
  • Pelaburan. 

TH telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif dan sentiasa bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dengan sentiasa konsisten pada rekodnya.

TH mempunyai sekitar sembilan (9) juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.

Syarat-Syarat Pendaftaran Haji

Jika anda berhasrat untuk menunaikan Haji, sudah pasti anda perlu membuat pendaftaran Haji, bukan? Oleh itu, semestinya ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga TH untuk membuat pendaftaran.

Antara syarat-syarat pendaftaran haji adalah seperti berikut:

  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun.
  4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur di bawah 55 tahun.

Cara Daftar Tabung Haji Online

Langkah-langkah untuk daftar tabung haji online adalah seperti berikut:

  1. Sila layari portal Tabung Haji (TH) iaitu THiJARI.
  2. Kemudian, daftar dan isi maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon berdaftar.
  3. Semak maklumat dan masukkan nombor TAC yang diterima.
  4. Isi kata nama, kata laluan, nama pengguna dan negeri terkini. Kemudian, tandakan setuju pada kotak terma dan syarat.
  5. Tahniah! Anda sudah berjaya mendaftar sebagai pengguna THiJARI.
5 Langkah Daftar Tabung Haji Online Menggunakan THiJARI 1
Cara Daftar Tabung Haji Online

Transaksi di THiJARI

Antara transaksi yang boleh dibuat di THiJARI adalah seperti ketetapan berikut.

TransaksiHuraian
Ringkasan Akaun Semak baki akaun dan cetakan penyata.
Pembukaan Akaun Kanak-KanakBuka akaun anak dibawah jagaan.
PindahanPindahan daripada akaun TH ke akaun TH, FPX.
Perkhidmatan HajiDaftar, rayuan, semak status, semak tawaran, surat jadual penerbangan, dam dan lain-lain.
Penamaan / Hibah AmanahSemak penama atau waris.
Kelab TaHaSemak nombor keahlian Kelab TaHa.
Qurban 1444HPembayaran ibadah Qurban.
SadaqahKepada Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (TKJHM) atau Tabung Warga Tua (TWT).
Agihan Potongan GajiSemak atau tetapkan agihan gaji.
Daftar Tabung Haji Online

Kelebihan Menyimpan Di Tabung Haji

Setiap ringgit dana pendeposit yang diniagakan akan dizakatkan dan sebahagiannya akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui program CSR TH yang dijalankan pada setiap tahun.

Justeru, antara kelebihan menyimpan di tabung haji adalah:

  • Dana diniagakan dan dizakatkan dan akan diagihkan kepada komuniti.
  • 100% patuh syariah.
  • Dijamin kerajaan dan zakat dibayar.

Waspada! Pendeposit TH dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan semua jenis penipuan seperti berikut:

  1. Berwaspada dengan pinjaman tidak wujud seperti tawaran pinjaman mudah lulus di media sosial.
  2. Berwaspada dengan penyamaran penimpuan melalui panggilan (macau scam).
  3. Berwaspada dengan jual beli dalam talian (tipu e-dagang).
  4. Berwaspada dengan kenalan melalui media sosial (love scam).
  5. Berwaspada dengan suspek yang menghantar emel menyerupai emel rakan niaga mangsa (business email compromise).
  6. Berwaspada dengan tawaran yang menawarkan keuntungan melalui pelaburan (tipu pelaburan).
  7. Berwaspada dengan emel / SMS yang berpautan (phishing).

Semoga perkongsian cara mudah daftar tabung haji online di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana dan selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More