Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Resepi Masakan Daging Ala-Ala Thai Yang Boleh Cuba Dirumah

Pasti masih ada lagi daging yang berada di dalam peti ais sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, bukan?

Oleh itu, berikut kami kongsikan 3 resepi masakan yang menggunakan daging untuk membantu semua ibu-ibu terutamanya yang sudah kebuntuan ingin memasak menu apa untuk keluarga tercinta.

Isi Kandungan

Resepi 1: Daging Goreng Ala-Ala Masakan Thai

Berikut adalah bahan-bahan dan cara masakan untuk menu pertama yang kami ingin kongsikan.

3 Resepi Masakan Daging Ala-Ala Thai Yang Boleh Cuba Dirumah 1

Bahan-Bahan

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 500g daging
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 sudu besar biji lada hitam
  • 1-2 sudu besar majerin / mentega
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula perang / gula kabung thai
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu besar beras sangai
  • 2 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1-2 sudu besar jus limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara Masakan

Cara masakannya adalah seperti berikut:

  1. Potong kasar daun ketumbar dan akar boleh simpan dahulu untuk masakan nanti.
  2. Cincang kasar bawang putih dan hiris nipis bawang merah.
  3. Perah limau untuk mengambil jus.
  4. Rendam asam jawa dengan air panas dan ramas.
  5. Basuh beras dan sangai sampai perang dan keluar bau terbakar. Kemudian, masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  6. Sangai biji ketumbar dan biji lada hitam atas api kecil sehingga naik bau rempah. Kemudian, tuang ke dalam lesung batu dan tumbuk halus.
  7. Buat bancuhan sos perapan iaitu sos ikan, gula perang, air asam jawa dan sos tiram.
  8. Potong daging secara nipis dan perap dengan rempah tumbuk dan 1 sudu besar sos perapan (simpan juga baki sos untuk masakan nanti) selama 15-30 minit.
  9. Panaskan majerin atau minyak, dan tumis bawang putih sehingga menjadi kekuningan.
  10. Masukkan akar ketumbar dan daging perap. Masak sampai air kering dan daging menjadi lembut.
  11. Tabur cili flakes, baki sos perapan, sedikit air dan garam. Kacau sampai bahan sebati.
  12. Tuang masuk beras sangai, hirisan bawang merah, jus limau dan daun ketumbar.
  13. Apabila bawang sudah kelihatan layu, tutup api dan tabur chili flakes dan daun ketumbar untuk hiasan.
  14. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

Resepi 2: Daging Masak Merah Ala-Ala Masakan Thai

Berikut pula adalah bahan-bahan dan cara masakan untuk menu yang seterusnya.

3 Resepi Masakan Daging Ala-Ala Thai Yang Boleh Cuba Dirumah 2

Bahan-Bahan

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 1/2 kilo daging
  • air secukupnya
  • sedikit pewarna merah
  • minyak secukupnya
  • 1 mangkuk minyak
  • 3 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 7-8 biji cili padi, belah 2
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 mangkuk air rebusan daging
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1/2 biji bawang holland, hiris membulat
  • 3-4 helai daun limau purut

Cara Masakan

Cara masakannya adalah seperti berikut:

  1. Potong daging kepada 2 ketulan besar. Kemudian, rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging menjadi lembut.
  2. Setelah lembut, angkat dan sejukkan.
  3. Kemudian, hiris nipis daging yang telah disejukkan itu mengikut arah lawan urat.
  4. Panaskan minyak.
  5. Goreng hirisan daging sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
  6. Keluarkan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  7. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  8. Masukkan daging yang digoreng tadi.
  9. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  10. Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan. Masak sekejap sehingga semua bahan bergaul dengan sebati.
  11. Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang telah dicarik-carikkan.
  12. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

Resepi 3: Kerabu Daging Ala-Ala Thai

Menu terakhir ini adalah menu yang paling simple tetapi pasti menjadi menu favourite ramai untuk dicuba!

3 Resepi Masakan Daging Ala-Ala Thai Yang Boleh Cuba Dirumah 3

Bahan-Bahan

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 300g daging yang direbus sehingga lembut
  • 1 biji bawang besar yang dihiris nipis
  • 1 batang serai yang dihiris nipis
  • 1 biji tomato yang dihiris nipis
  • 5-7 biji cili padi yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis untuk diambil jus
  • 3 helai daun limau purut yang dihiris halus
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Masakan

Cara-cara masakannya pula adalah seperti berikut:

  1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
  2. Kemudian, gaulkan daging tersebut bersama kesemua bahan-bahan di atas.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula untuk dapat mengimbangi rasa masam dan pedas kerabu tersebut.
  4. Kerabu sedia dihidang dan sangat sesuai dimakan bersama nasi panas.

Credit Resepi Daripada Che Nom

Perkongsian resepi-resepi di atas adalah resepi daripada seorang tukang masak terkenal, iaitu Che Nom.

3 Resepi Masakan Daging Ala-Ala Thai Yang Boleh Cuba Dirumah 4

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Seperti yang kita tahu, resepi Ala-Ala Thai kebiasaanya sangat sedap dan popular kerana kombinasi masam, pedas, manis, masin serta aroma dari bahan-bahan yang sangat harum membuatkan masakan tersebut sentiasa menjadi pilihan ramai dan menjadi pembuka selera jika dimakan bersama nasi panas.

Seterusnya, baru-baru ini admin juga ada kongsikan Resepi Daging Masak Hitam yang sangat sedap dan mudah untuk dicuba oleh ibu-ibu diluar sana.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More