Agong Perkenan Iystihar Darurat hingga 1 Ogos
Apa Itu Darurat
Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan ini adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan supaya pengisytiharan ini dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.
Menerusi kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsudin, Agong memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan ini sehingga 1 Ogos depan atau sehingga tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
“Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.