Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk Penjawat Awam yang memilih opsyen SSPA.

Isi Kandungan

Pekeliling Perkhidmatan SSPA Berkuatkuasa 1 Disember 2024

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 

Penjawat Awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah SSM atau memilih SSPA dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 

Justeru, semua Penjawat Awam boleh memuat turun dan rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelarasan gaji, elaunpencen dan mengenai kemudahan-kemudahan dalam SSPA yang telah diperincikan.

Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 1

Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA

Kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) ditambah baik merangkumi perkara yang berikut:

  • Memperuntukkan elemen permohonan oleh Pegawai untuk menggunakan kemudahan ini berbanding peraturan terdahulu di mana BDR hanya boleh digunakan apabila terdapat arahan atau kebenaran daripada Kerajaan atau Ketua Jabatan sahaja.
  • Selain daripada tempat tinggal yang didaftarkan dalam sistem HRMIS, pegawai juga boleh BDR di mana-mana lokasi yang bersesuaian sebagai tempat bekerja tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan.

Pelaksanaan pemberian kemudahan BDR ini boleh dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia.

Soalan Lazim / FAQ Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA

Berikut adalah infografik beberapa Soalan Lazim / FAQ mengenai BDR yang telah disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu:

Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 2
Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 3
Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 4
Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 5
Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 6
Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 7
Kemudahan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) SSPA 8

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Untuk makluman, Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini boleh diakses oleh pengguna.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More