Data Kena Sekat Sebab Penggunaan Mod Modem Wifi
Terbaru, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom sedang giat mengesan pengguna yang melakukan mod modem ini. Tindakan ini adalah menyalahi polisi mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia bukan sahaja Celcom. Anda boleh lihat polisi yang tertera disini.
Kegiatan ini sudahpun dikesan oleh pihak Celcom dan pengguna yang dikesan menyalahi polisi dengan menggunakan mod modem ini akan digantung selama 2 minggu servis data. Melalui apa yang tular di media sosial, terdapat beberapa individu sudahpun menerima penggantungan tersebut dalam minggu ini.
Dasar Penggunaan Celcom Bagi Penggunaan Data
Di Malaysia perkara mengubah suai modem bukanlah sesuatu yang baharu. Ini kerana ada sesetengah pelanggan hanya ini mendapatkan servis kelajuan internet setimpal dengan apa yang dibayar dan perkara ini tidak terjadi.