Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Deepavali 2024: Tarikh Perayaan, Cuti Umum & Cuti Tambahan KPM

Berikut dikongsikan mengenai perayaan Hari Deepavali 2024 yang akan datang tidak lama lagi untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Deepavali?

Deepavali ialah perayaan cahaya Hindu, dengan variasi yang disambut dalam agama India yang lain dan ia melambangkan rohani “kemenangan terang atas kegelapan, kebaikan atas kejahatan, dan pengetahuan atas kejahilan”.

Diwali atau Deepavali ini disambut semasa bulan lunisolar Hindu Ashvin (mengikut tradisi amanta) dan Kartika, iaitu antara sekitar pertengahan September dan pertengahan November.

Perayaan ini biasanya berlangsung selama lima (5) atau enam (6) hari.

Selain untuk memeriahkan perayaan, pelita juga dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Hiasan Rangoli yang dibuat menggunakan serbuk halus berwarna atau pasir sangat popular semasa Diwali.

Deepavali 2024: Tarikh Perayaan, Cuti Umum & Cuti Tambahan KPM 1
Hiasan Rangoli

Tarikh Perayaan Hari Deepavali 2024

Tarikh perayaan Hari Deepavali 2024 adalah pada hari Khamis iaitu 31 Oktober 2024.

Deepavali 2024: Tarikh Perayaan, Cuti Umum & Cuti Tambahan KPM 2

Cuti Umum Sempena Perayaan Hari Deepavali 2024

Deepavali ialah cuti paling meriah tahun ini bagi penganut Hindu di dunia dan ia merupakan cuti umum rasmi di banyak negara dengan populasi Hindu yang ketara, termasuk Malaysia.

Mengikut kalendar, cuti perayaan Hari Deepavali pada tahun 2024 jatuh pada 31 Oktober 2024, bersamaan dengan hari Khamis.

Walaubagaimanapun, bagi penganut beragama Hindu, mereka layak mendapat cuti tambahan selama 1 hari pada hari berikutnya sepertimana Pekeliling Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan.

Ini kerana Hari Deepavali adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan atau cuti umum bagi semua negeri di Malaysia kecuali negeri Sarawak.

Cuti Tambahan KPM Sempena Perayaan Hari Deepavali 2024

Buat pengetahuan semua ibu bapa, guru dan para pelajar sekolah-sekolah KPM, cuti tambahan yang diberikan sempena perayaan Hari Deepavali 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:

NegeriKeterangan Cuti
Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)Cuti Tambahan: 30 Oktober 2024 (Rabu)
Hari Deepavali: 31 Oktober 2024 (Khamis)
Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)Cuti Tambahan: 30 Oktober 2024 (Rabu)
Hari Deepavali: 31 Oktober 2024 (Khamis)
Cuti Tambahan: 1 November 2024 (Jumaat)
Sarawak SahajaHari Deepavali: 31 Oktober 2024 (Khamis)
Deepavali 2024: Tarikh Perayaan, Cuti Umum & Cuti Tambahan KPM 4

Semoga perkongsian mengenai Deepavali 2024 ini bermanfaat dan Happy Deepavali kepada semua yang akan menyambutnya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More