Permohonan Dermasiswa Zakat IPT Bagi Tahun 2024
Berikut kami kongsikan sebuah bantuan pendidikan yang kini sedang dibuka iaitu Dermasiswa Zakat IPT bagi tahun 2024.
Isi Kandungan
Mengenai Dermasiswa Zakat IPT 2024
Co-opbank Pertama Berhad (CPB) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan penuh takzim mempelawa semua mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan status pengajian cemerlang mendapat skor CGPA 3.0 keatas bagi memohon Dermasiswa Zakat IPT yang berjumlah RM 5,000 bagi setiap pelajar yang layak.
Sumbangan atas kecemerlangan pengajian tinggi ini adalah bersifat “One-Off” dengan pembuktian dokumen kecemerlangan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Terma dan syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Tidak ada menerima apa-apa bantuan kewangan daripada pihak lain (Biasiswa / Dermasiswa / Bantuan Zakat / Bantuan Kewangan Pelajaran Negeri / Pinjaman Pendidikan) daripada (JPA / Yayasan Negeri / PTPTN / dan lain-lain pihak).
- Jumlah pendapatan isi rumah hendaklah di dalam kategori B40 (Bawah RM 4,850) asnaf fakir dan asnaf miskin akan diutamakan. Walaubagaimanapun, pendapatan isirumah kategori M40 (Bawah RM 10,970) boleh memohon sebagai asnaf fisabilillah.
- Sumbangan atas kecemerlangan pengajian tinggi ini adalah bersifat sekali sahaja “One-Off” dengan pembuktian dokumen kecemerlangan yang disahkan oleh pihak universiti.
- Keluarga mempunyai ramai tanggungan dan tidak mempunyai harta simpanan (harta boleh cair) tidak melebihi nilai nisab RM 25,000 setahun.
- Mahasiswa Muslim (beragama Islam) sahaja yang layak memohon dan bumiputera Muslim diutamakan.
- Semua dokumen bukti yang dihantar kepada CBP disahkan oleh pihak universiti.
- Mahasiswa yang dalam pengajian peringkat Matrikulasi / ASASI / Diploma / Ijazah Sarjana Muda sahaja yang layak memohon.
- Pencapaian CGPA terkini hendaklah tidak kurang daripada CGPA 3.0.
- Bidang Pengajian dalam Kewangan Islam, Ekonomi Islam, Pengajian Islam, Bidang Perubatan, Sains dan Teknologi serta Kejuruteraan adalah keutamaan. Bidang lain-lain boleh memohon tertakluk kepada budibicara mutlak CBP.
- Tertakluk kepada keputusan temuduga dan budibicara penuh CBP serta tidak boleh dibuat rayuan dan adalah muktamad.
- Telah membuka akaun simpanan di CBP dan melepasi verifikasi maklumat pelanggan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan kini dibuka secara dalam talian (online) bermula 1 Mei 2024 sehingga 15 Jun 2024 dan permohonan boleh dilakukan pada pautan berikut:
>>>Permohonan Dermasiswa Zakat IPT 2024<<<
Terdapat 9 Seksyen yang perlu dilengkapkan oleh pemohon pada borang permohonan iaitu
- Seksyen A – Maklumat Mahasiswa
- Seksyen B – Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga
- Seksyen C – Pengisytiharan Pendapatan
- Seksyen D – Muatnaik Dokumen Pembuktian
- Seksyen E – Perakuan Tidak Menerima Apa-Apa Bantuan
- Seksyen F – Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
- Seksyen G – Perakuan AMLA
- Seksyen H – Deklarasi Kenalan Dan Hubungan Individu Di CBP
- Seksyen I – Perakuan Maklumat
Jika tiada bayaran diterima selepas 30 Julai 2024, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Setiap permohonan hendaklah melengkapkan borang pengistiharan pendapatan isi rumah dan memuatnaik pada Seksyen C.
Pemohon hendaklah membuka akaun simpanan Salam Co-opbank Pertama di cawangan yang berhampiran sebelum membuat permohonan ini.
Dokumen Yang Diperlukan
Sila sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum membuat permohonan, yang mesti dimuat naik ke dalam borang permohonan, iaitu
- Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
- Slip Gaji Ibu Bapa (Jika Ada).
- Salinan Kad Pengenalan Mahasiswa.
- Salinan Kad Matrik / Kad Pelajar.
- Surat Akuan / Pengesahan Pelajar Oleh Universiti.
- Salinan Keputusan CGPA Terkini.
Nota Tambahan: Semua Salinan Dokumen hendaklah Disahkan oleh Pihak Universiti. Pastikan File PDF sahaja max 1000KB disediakan sebelum diupload ketika membuat permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Dermasiswa Zakat IPT 2024 ini, Sila hubungi 03 – 2693 7650 (Unit Zakat Wakaf dan Infaq) atau e-mel kepada [email protected].
Program ini adalah urusan yang dilakukan sepenuhnya oleh pihak CBP menggunakan dana WAKALAH ZAKAT daripada pihak PPZ-MAIWP dan ZPP. Sila berurusan dengan pihak CBP sepenuhnya tanpa merujuk kepada pusat zakat.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!