Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dilema Rumahtangga: Berpisah Cara Baik Nasihat Bekas Mufti Wilayah

Berpisah cara baik tak semua orang boleh melaluinya. Sedang trending sekarang di media sosial ekoran kes penceraian sepasang selebriti yang menggemparkan ramai peminat industri hiburan tanah air. Seperti kes sebelum-sebelum ini, ramai yang mendoakan dan berharap agar pasangan ini pun berpisah cara baik, tapi sebaliknya berlaku.

Ekoran terdapat beberapa isu dan kenyataan yang dikatakan membuka aib pasangan sejurus keluar dari bilik penghakiman di mahkamah pagi tadi. Perkara itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk bekas Muft i Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang mengulas mengenai berpisah cara baik.

Seperti yang dikongsi di laman facebook miliknya, tulis beliau berkenaan berpisah cara baik seperti berikut:

berpisah cara baik

Isi Kandungan

Di๐ฅ๐ž๐ฆ๐š ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐š: ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š, ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ก๐š๐ง, ๐’๐ž๐๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ , ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š

Kata pujangga Arab:

ููŽูƒูู„ูู‘ ู…ูŽุง ู‚ูŽุฏูŽู‘ุฑูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู…ูŽู†ู ู…ูŽูุนููˆู„ู

Maka setiap yang telah ditakdirkan oleh al-Rahman pasti berlaku. (Lihat Syarh al-Faridhi โ€˜Ala Alfiyah Ibn Malik, 1/565)

Dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujudnya badai dan ombak yang kadang-kala menguji kekuatan sesebuah hubungan. Setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran ini.

Namun, Islam mengingatkan bahawa meskipun perceraian itu dibenarkan, ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah dalam kalangan yang halal. Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.

Berpisah cara baik

Jika perpisahan itu tidak dapat dielakkan, Islam mengajar kita untuk melepaskan pasangan dengan cara yang baik (berpisah cara baik) dan penuh ihsan,

Benarlah hadith sepertimana diriwayatkan daripada Ibn โ€˜Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: โ€œPerkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.โ€

Riwayat Abu Daud (2178)

Al-Sanโ€™ani menjelaskan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa sebaiknya, jauhilah diri daripada terjatuh dalam perbuatan talak ini selagimana terdapat padanya keluasan, iaitu ruang-ruang untuk tidak menceraikan. (Lihat Subul al-Salam, 2/248)

Keduanya, hendaklah kita fahami dan amalkan apa yang diperintahkan oleh Allah berkenaan dengan talak. Firman-Nya:

Maksudnya: โ€œatau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.โ€

(Surah al-Baqarah: 229)

Al-Syaukani berkata: Yakni menceraikan dengan cara yang baik, iaitu dengan tidak merujuknya sampai selesai masa iddahnya, melepasnya ke rumah keluarganya dengan perkataan yang baik, dan memberinya mutโ€™ah (hadiah atau harta). (Lihat Fath al-Qadir, 1/332)

Sikap ini penting agar tidak mencalarkan maruah mana-mana pihak serta memastikan hak-hak kedua-dua suami dan isteri tetap terjaga.

Elakkan sebar aib pasangan

Sebagai manusia, kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan. Islam mengajarkan untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.

Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan, namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat. Justeru, setelah berpisah, berilah ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.

Betapa indahnya madah pujangga Arab:

ูˆูŽุนูŠู’ู†ู ุงู„ุฑูู‘ุถูŽุง ุนูŽู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ุนูŽูŠู’ุจู ูƒูŽู„ููŠู’ู„ูŽุฉูŒ … ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ูŽู‘ ุนูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุณูู‘ุฎู’ุทู ุชูุจู’ุฏููŠู’ ุงู„ู’ู…ูŽุณูŽุงูˆููŠูŽุง

Mata yang redha itu buta akan segala yang tercela; Sedang mata yang membenci hanya melihat yang buruk cuma. (Lihat Mausu’ah al-Raqa’iq wa al-Adab, hlm. 983)

Selain itu, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa. Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa. Anak-anak adalah amanah dari Allah, dan kita wajib menjaga kebajikan mereka dengan penuh perhatian.

BERPISAH CARA BAIK

Dalam menghadapi perpisahan, doa dan munajat kepada Allah SWT adalah sandaran utama kita sebagai hamba-Nya. Berdoalah agar kita diberikan kekuatan, kesabaran, serta petunjuk dalam melalui ujian ini. Doa juga menjadi penghubung rohani antara kita dan Tuhan, menjadikan kita insan yang lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran hidup.

Akhir sekali, jadilah seorang yang sentiasa mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.

Di dalam situasi yang penuh dengan konflik, sebaiknya kita berusaha untuk menjadi orang yang mendamaikan dan memperbaiki keadaan. Firman Allah dalam surah al-Hujurat mengingatkan kita untuk mendamaikan dua saudara yang bertelingkah kerana sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.

Penutup

Pesan Dr Zulkifli Al Bakri juga, perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, serta kesabaran dari kedua-dua belah pihak. Namun, jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik (berpisah cara baik), menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

Kita sebagai manusia pasti tidak sempurna, tetapi usaha untuk menjadi insan yang lebih baik itu yang paling utama. Kepada Allah jua kita memohon.

Harus diingat juga setiap pasangan perlu menghormati proses mahkamah yang berlangsung. Negara kita ada undang-undang, jika terdapat apa jua alasan, pastikan ia diselesaikan dengan cara paling hikmah agar penceraian itu dalam kategori berpisah cara baik.

berpisah cara baik

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More