Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2022
Diskaun Bayaran Balik PTPTN bagi tahun 2022 telah diumumkan akhir tahun lepas ketika pembentangan Bajet 2022 dan telah berkuatkuasa dari 1 November 2021 sehingga 30 April 2022. Diskaun ini terpakai untuk beberapa kategori bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).
Isi Kandungan
Apakah Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sebenarnya?
Diskaun Bayaran Balik PTPTN ini adalah satu bentuk insentif diskaun bayaran balik pinjaman yang telah diumumkan Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu. Ianya memberi manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) menerusi beberapa jenis diskaun yang diberikan kepada peminjam.
Soalan Berkaitan Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2022
Bila Tempoh Diskaun Bayaran Balik PTPTN Akan Dilaksana?
Diskaun Bayaran Balik PTPTN ini telah pun bermula sejak 1 November 2021 dan akan tamat pada 30 April 2022.
Berapa Kategori Diskaun Yang Diberikan?
Diskaun Bayaran Balik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
- Diskaun 10% : Diskaun ini adalah diberikan kepada peminjam yang memilih untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
- Diskaun 12% : Diskaun ini akan diberikan untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 15% : Diskaun ini akan terpakai ke atas baki hutang jika peminjam memilih untuk membuat penyelesaian penuh pinjaman
Bagaimana Cara Untuk Memohon Diskaun Bayaran?
Untuk mendapatkan diskaun bayaran balik PTPTN ini, anda tidak perlu membuat sebarang permohonan namun ada kaedah untuk mendapatkan diskaun mengikut kategori diskaun:
- Diskaun 10% akan terus diberikan secara automatik kepada peminjam yang sedang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit terus. Diskaun adalah tertakluk kepada bayaran balik yang diterima oleh PTPTN mulai 1 November 2021 sehingga 30 April 2022. Insentif diskaun akan dikemaskini di dalam akaun pinjaman anda pada akhir setiap bulan dan semakan penyata boleh dibuat mulai 7 haribulan pada bulan berikutnya.
- Bagi peminjam yang hendak membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran, anda perlu mendapatkan pengesahan baki hutang mulai 1 November 2021. Bayaran balik boleh dibuat melalui mana-mana saluran bayaran balik yang disediakan oleh PTPTN.
- Peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus hendaklah membuat permohonan secara dalam talian:
Apakah Saluran Bayaran Balik PTPTN Yang Ada?
- Untuk mendapatkan manual serta maklumat lengkap saluran bayaran lain yang ada untuk pinjaman PTPTN, anda boleh klik pautan ini: Bayaran Balik PTPTN
Nota Penting: Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa
Bagaimana Nak Semak Penyata Pinjaman?
Penyata Pinjaman anda boleh disemak secara atas talian dengan melayari pautan berikut: Semakan Penyata Pinjaman
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkenaan Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2022, ataupun tentang urusan pinjaman anda, boleh hadir ke cawangan kaunter PTPTN berhampiran anda atau hubungi talian utama PTPTN berikut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Senarai Bantuan Utama Di Bawah Bajet 2022
Untuk mendapatkan maklumat berkenaan bantuan lain yang telah digariskan di bawah Bajet 2022, kami senaraikan di bawah ini beberapa bantuan utama yang telah dan sedang dilaksanakan.
- Bantuan Keluarga Malaysia untuk semua golongan masyarakat yang layak. Pembayaran Fasa 1 telah pun mula dibuat. Anda boleh baca lebih lanjut di pautan ini: Semakan dan Maklumat Rayuan Permohonan BKM
- Bagi anda yang mempunyai anak kecil, anda boleh pohon bantuan rebat untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak melalui program MyCRS. Anda boleh baca lebih lanjut tentang program itu di sini: Cara Memohon MyCRS (Rebat Pembelian Carseat Kanak-Kanak 2022)
- Bagi warga emas, terdapat bantuan khas untuk warga emas juga di bawah Bajet 2022. Boleh baca lebih lanjut di pautan berikut: BANTUAN WARGA EMAS (BWE) 2022
- Untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), terdapat beberapa insentif yang disediakan seperti: Pengecualian Cukai Jalan OKU : Roadtax Percuma Untuk OKU dan juga Elaun Pekerja OKU 2022
- Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, boleh mendapatkan elaun khas di bawah PERKESO. Boleh baca bagaimana untuk dapatkan elaun tersebut di sini: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Buat Pelajar Lepasan Sekolah dan Graduan