Terkini Oktober 2023: Diskaun PTPTN Mungkin Tidak Diteruskan
Diskaun PTPTN berkemungkinan tidak akan diteruskan lagi bermula Oktober ini.
Kerajaan mungkin tidak akan meneruskan lagi pemberian diskaun untuk tujuan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dengan penghentian diskaun PTPTN ini, banyak peminjam PTPTN mungkin merasa kecewa dan tertanya-tanya mengenai kesan terhadap keadaan kewangan mereka apabila diskaun PTPTN dibatalkan.
Apakah ini akan memberi kesan kepada pembayaran balik pinjaman mereka dan bagaimana mereka akan menguruskan hutang PTPTN mereka dalam tempoh yang akan datang adalah beberapa pertanyaan yang muncul.
Namun, jawapan kepada pertanyaan ini adalah bergantung kepada keputusan Kementerian Kewangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam Bajet 2024.
Pelajar dan peminjam PTPTN perlu mengikuti perkembangan ini dengan teliti berkenaan penerusan insentif PTPTN ini.
Isi Kandungan
Diskaun PTPTN Mungkin Tidak Diteruskan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa pemberian diskaun PTPTN pembayaran balik tidak akan diteruskan bermula Oktober 2023.
Keputusan ini telah mengejutkan banyak peminjam PTPTN yang mungkin telah mengharapkan kelangsungan insentif ini diteruskan.
“Setakat ini, kita sudah tidak lagi meneruskan (pemberian diskaun PTPTN) itu. Apa-apa pun mengenai hal itu, tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada peminjam PTPTN mungkin mendapat khabar gembira dalam pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober ini.
Pada pembentangan Bajet 2023 pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN bermula 1 Mac hingga 31 Mei lalu.
Menteri KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan bahawa keputusan untuk menghentikan diskaun PTPTN adalah tertakluk kepada Kementerian Kewangan. Oleh itu, ia bukanlah keputusan yang diambil oleh KPT secara tunggal.
Sebelum ini, dalam pembentangan Bajet awal tahun oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diumumkan bahawa peminjam PTPTN akan menerima diskaun PTPTN sebagai insentif untuk pembayaran balik pinjaman mereka.
Diskaun ini telah dilangsungkan bermula 1 Mac sehingga 31 Mei yang lalu. Antara insentif tersebut termasuk
- diskaun sebanyak 20 peratus bagi peminjam yang melunaskan baki hutang secara penuh, dan
- diskaun 15 peratus bagi peminjam yang membayar sekurang-kurangnya separuh jumlah pinjaman.
Sementara itu, Menteri Mohamed Khaled juga menggariskan harapan KPT untuk Bajet 2024. Beliau berharap agar kerajaan dapat memberi sokongan untuk memperkemas pendigitalan dalam ekosistem pendidikan tinggi negara, menekankan pentingnya penyelidikan dan inovasi, serta menyediakan kediaman yang sesuai untuk pelajar.
Ini adalah langkah-langkah penting dalam memastikan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia terus meningkat. Dalam hal kos sara hidup yang semakin meningkat, Menteri KPT memberi jaminan bahawa kadar yuran pengajian tidak akan dinaikkan.
Walaupun demikian, beliau mengakui bahawa kos makanan juga merupakan faktor yang memberi kesan kepada pelajar. Oleh itu, pelajar disarankan untuk mencari cara-cara bijak untuk menguruskan kos sara hidup mereka.
Keputusan Dimuktamadkan Berdasarkan Pembentangan Bajet 2024
Keputusan sama ada insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diteruskan dalam Belanjawan 2024 atau tidak, ia tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (MOF).
Bagaimana pun perkara ini adakah akan mempengaruhi keadaan kewangan pelajar dan matlamat pendidikan negara?
Kredit Sumber: Astro AWANI
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Diskaun PTPTN ini, anda boleh merujuk Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
Diharapkan info terkini tentang Diskaun PTPTN ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua pelajar dan peminjam PTPTN.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.