Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021 Ini
Diskaun Saman Dilanjutkan sehingga ke tarikh 31 Disember 2021 ini. Kepada mereka yang belum sempat membuat pembayaran saman anda, anda boleh bergegas sekarang. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.
Isi Kandungan
Diskaun Saman Dilanjutkan
Sebelum ini, pada tempoh 9 Disember 2021 yang lalu, pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan pihak Jabatan Pengakutan Jalan(JPJ) telah menyatakan untuk memberi diskaun saman sehingga 80% kepada semua rakyat Malaysia.
Hal ini adalah kerana bersempena dengan program Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur City Center(KLCC). Untuk mengetahui maklumat penuh, anda boleh membaca artikel Diskaun Pengurangan Saman Sempena Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di sini.
Akan tetapi, menurut kenyataan yang dibuat oleh YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, selaku ketua polis negara, diskaun saman dilanjutkan sehingga akhir bulan ini bagi meringankan bebanan keluarga rakyat Malaysia.
Tempoh Bayaran Sebelum
Diharapkan agar melalui tempoh pelanjutan diskaun saman ini, akan semakin menggalakkan rakyat Malaysia semua bagi bersegera melangsaikan tunggakn hutang. Janganlah biar saman anda bertambah dari hari kehari.
Jika boleh bayar semua, amatlah digalakkan. Akan tetapi, jangan kerana anda sudah tiada saman, maka anda boleh menarik nafas lega. Beringatlah selalu.
Jika sebelum ini, tempoh bagi pengurangan diskaun saman adalah seperti berikut:
- MULA: 9 Disember 2021
- AKHIR: 12 Disember 2021
- TEMPOH: 4 Hari
Tempoh Bayaran Selepas
Selepas kenyataan yang dikeluarkan, maka tempoh pembayaran diskaun saman dilanjutkan adalah seperti berikut:
- MULA: 9 Disember 2021
- AKHIR: 31 Disember 2021
- TEMPOH: 23 Hari
Lokasi Pembayaran Saman
Maka dengan itu, bagi mengurangkan kesesakan rakyat Malaysia untuk menjelaskan tunggakan saman, terdapat beberapa tempat atau lokasi yang boleh mereka pilih untuk membuat pembayaran.
Pilih mana-mana kaedah yang memudahkan anda.
- Pembayaran melalui mesin ATM di Maybank.
- Pembayaran di Pejabat Pos Malaysia juga dibolehkan.
- Kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Seluruh Daerah.
- Pembayaran secara atas talian.
Laman Web Pembayaran Diskaun Saman
Kepada mereka yang mempunyai kekangan untuk pergi ke pejabat yang berdekatan, jangan risau. Gunakan kuasa di hujung jari anda sahaja. Gunakan salah satu laman web yang disenaraikan di bawah ini.
- Semakan melalui laman portal rasmi PDRM.
- Tekan di sini untuk melawati laman sesawang.
- Pembayaran melalui portal MyBayar Saman.
- Tekan di sini untuk melawati laman sesawang.
Tips Elakkan Saman
Kadangkala, kita tidak sedar bahaya keadaan kita semasa memandu akan mengakibatkan diri kita di saman. Sedar-sedar sahaja surat saman sudah sampai di rumah. Nak salahkan polis trafik pun tiada guna, kerana ianya datang daripada kita juga.
Nak tak nak, kena terima sajalah jawabnya. Bawah ini saya kongsikan dengan anda beberapa tips untuk elakkan diri anda disaman di lalu lintas.
- Sentiasa memastikan roadtax kereta/motosikal anda masih hidup dalam jangka panjang.
- Memakai tali pinggang keledar.
- Tidak membawa terlalu laju di kawasan yang tidak dibenarkan.
- Fokus pada pemanduan.
- Tidak terlalu tergesa-gesa di jalan raya.
- Ikuti had laju yang ditetapkan.
- Membawa kereta/motosikal yang mengikuti aspek ketetapan pihak berkuasa.
Pembayaran Saman Melalui Mesin ATM
Pembayaran saman juga boleh dilakukan di mesin ATM Maybank kerana perkara ini memudahkan pengguna. Nak tahu caranya? Jangan risau kerana anda hanya perlu ikuti langkah di bawah.
Yang penting pastikan baki akaun bank anda mencukupi untuk mebayar saman. Gunakan peluang diskaun saman dilanjutkan ini untuk selesaikan tunggakan anda.
Video Cara Membayar Saman Di ATM
Di bawah ini saya kongsikan dengan anda berkaitan bagaimana caranya untuk bayar diskaun saman dilanjutkan ini melalui mesin ATM sahaja.
Haaa jadinya anda tidak perlu susah-susah untuk beratur panjang di pejabat rasmi JPJ untuk membayar denda saman anda.
Jelaskan Tunggakan Saman Anda Segera
Inilah yang dikatakan rezeki datang bagi membantu rakyat Malaysia. Diharapkan agar berita diskaun saman dilanjutkan ini memberi peluang dan ruang yang lebih lama kepada warga Malaysia untuk menjelaskan tunggakan saman anda.
Jikalau anda tidak dapat pergi ke pejabat rasmi, anda boleh menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian. Sesungguhnya semua urusan dapat diselesaikan dengan hanya di hujung jari.
Rebutlah peluang ini.