Diskaun Saman JPJ 70% Sehingga 16 September 2021
Diskaun Saman JPJ 70% Sehingga 16 September 2021 telah diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 2021 untuk mengurangkan saman kompaun dari JPJ hingga 70% bermula dari 18 ogos hingga 16 September 2021 sempena bulan kemerdekaan ini. Pengumuman ini sudah pasti melegakan beban individu yang dikenakan saman tambahan pula pada waktu sulit ini yang ramai mengalami masalah kewangan.
Pengurangan saman ini sebagai salah satu langkah kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban dengan saman JPJ yang agak tinggi setiap kali meelakukan kesalahan seperti lalu lintas , parking ,roadtax dan sebagainya. Namun,ini tidak bermakna kerajaan menggalakkan kesalahan seperti ini dan kita tidak boleh mengambil kesempatan dalam kesempitan ini. Mari kita ikuti lebih lanjut perkongsian kali ini untuk memastikan anda jelas dengan pengurangan saman ini.
Isi Kandungan
Syarat Mendapat Pengurangan Saman Ini
Disini kami kongsikan beberapa syarat untuk mendapat Diskaun Saman JPJ 70% Sehingga 16 September 2021 daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 2021 .
Kebiasaannya orang ramai yang mempunyai kesalahan akan dapat disyaki apabila pihak JPJ melakukan pemantauan. Saman biasanya akan dikeluarkan serta merta bagi mereka yang memandu tanpa memperbaharui lesen, memandu sambil bermain telefon atau keadaan kereta yang tidak mematuhi syarat dan pemakaian tali pinggang dan banyak lagi. Sebagai contoh bagi yang tidak memakai tali pinggang akan dikenakan saman sehingga RM 300.
Walaupun nampak seperti kesalahan kecil ini adalah langkah kerajaan dalam memastikan rakyat berwaspada dengan keselamatan. Oleh itu, bagi saman yang sudah diketahui jumlah bayarannya beserta tempoh untuk melunaskan saman ini, dalam tempoh 18 ogos hingga 16 September 2021 anda bolehlah mendapat pengurangan ini.
Bagi yang sudah sekian lama disaman, jangan risau anda juga berhak untuk mendapat pengurangan ini. Disebabkan jika anda melebihi tempoh untuk membayar saman dan jumlah itu akan bertambah, anda boleh lah layari website ini untuk mengetahui jumlah saman anda. Sebagai contoh jika anda melakukan kesalahan memandu melebihi had dan tidak menjelaskan dalam waktu tertentu bayaran tertunggak mencecah RM600 anda boleh mengambil peluang ini untuk menjelaskan tunggakan bagi mengelakkan nama anda disenarai hitam kan oleh JPJ.
Namun bagi mereka yang masih dalam kes perbicaraan JPJ dan melibatkan mahkamah seperti memandu tanpa Roadtax, saman anda agak tinggi dan perlu membuat rayuan mahkamah terlebih dahulu untuk mengurangkan jumlah tersebut, anda perlu menunggu sehingga kes anda selesai dibicarakan barulah berhak mendapat pengurangan saman ini.
Maklumat Mengenai Saman JPJ
Bila melibatkan kenderaan, banyak isu kesalahan yang boleh timbul sebenarnya lebih-lebih lagi jika anda tidak peka. Bukan hanya diri sendiri tapi juga kenderaan yang kita pandu.
Contoh-Contoh Saman JPJ
Kami senaraikan contoh-contoh kesalahan JPJ untuk maklumat anda agar anda lebih peka:
- Speed track di lebuh raya yang ditangkap oleh Kamera
- Pemantauan JPJ seperti lesen luput tarikh, seat belt, Roadtax
- Kesalahan diri sendiri seperti memandu sambil bermain telefon, seat belt
- Kesalahan kenderaan seperti tinted, lampu kenderaan dan nombor plat
Tips: Saman dan juga urusan JPJ juga boleh di periksa atas talian dengan menggunakan website Mysikap dan MyEg.
Apakah Tujuan Pengurangan Saman Ini?
Agak jarang sebenarnya JPJ mengeluarkan pengumuman pengurangan saman ini namun sedar akan hakikat ramai rakyat yang mengalami masalah ekonomi sejak pandemik covid 19 menyerang dan ada juga yang hilang pekerjaan, ini initiatif kerajaan bagi mengelakkan ramai yang disenarai hitamkan oleh JPJ. Selain itu, bagi memastikan rakyat tidak mempunyai tunggakan yang tinggi hingga menjadi beban apabila untuk membayarnya nanti. Apabila berkaitan dengan saman, rakyat kurang peka dan suka menangguh apabila ingin membayarnya hingga tidak sedar saman sudah bertahun lamanya dan nilai pun semakin bertambah. Diharap dengan adnya pengurangan ini serba sedikit memberi kesedaran kepada orang ramai.
Adakah Pengurangan Ini Melegakan Beban Anda?
Diharapkan perkongsian Diskaun Saman JPJ 70% Sehingga 16 September 2021 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 2021 dapat membantu rakyat meringankan beban. Ambilah kesempatan ini untuk menyelesaikan saman yang selama ini tertunggak. Sebagai pemandu yang berhemat anda perlulah peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ. Saman yang dikeluarkan bukanlah bererti untuk memberi beban kepada anda namun sedar akan hakikat hanya apabila terpaksa mengeluarkan wang anda akan lebih berwaspada dalam menjaga keselamatan diri sendiri dan juga yang tersayang. Bak kata pepatah beringat sebelum kena.