Diskaun Saman JPJ 70% Sehingga 12 Jun 2021
Isi Kandungan
Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Yang Boleh Kompaun Sahaja
Bagi anda yang masih mempunyai saman tertunggak, anda boleh menikmati diskaun 70% saman JPJ / AES / SPAD bermula 13 April ini. Terkini pemberian ini sehingga 12 Jun 2021.
Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.
Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di kaunter pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) sahaja.
Semakan Saman JPJ / AES
Bagi anda yang nak semak saman JPJ / AES, anda boleh layari portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Semakan saman boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan.
Artikel lain: Niat Puasa, Syarat dan Doa Berbuka