Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Berikut dikongsikan mengenai berita baik yang telah diwarwarkan baru-baru ini berkaitan dengan diskaun saman PDRM yang terkini.

Isi Kandungan

Pengurangan Kadar Kompaun Saman PDRM Sehingga 50%

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% bagi saman yang terpilih sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.

Jabatan Penerangan Malaysia menerusi perkongsian di Facebooknya telah memaklumkan bahawa orang ramai boleh berpeluang menikmati pengurangan diskaun saman PDRM sehingga 50%.

Tawaran pengurangan kompaun saman kali ini TIDAK termasuk 

  • kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun (non compundable).
Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 1

Lokasi & Tempoh Bayaran Diskaun Saman PDRM

Diskaun saman PDRM sehingga 50% ini boleh dibayar di kaunter khas yang akan dibuka di tapak program iaitu Cyberjaya Event Hall Cyberjaya, Selangor.

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat pada ketetapan berikut (tertakluk kepada terma dan syarat):

TempatKaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Cyberjaya Event Hall Cyberjaya, Selangor
Tarikh21 Julai 2024 (Ahad)
MasaJam 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Cara Membuat Semakan Saman Secara Online

Bagi mengelakkan kesesakan, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman PDRM sebelum membuat pembayaran pada kaunter di tapak program.

Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 2

Aktiviti Sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

Bukan itu sahaja, program ini juga bukan sahaja tertumpu untuk golongan dewasa sahaja, malah pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk semua lapisan umur.

Pelbagai lagi aktiviti sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 ini antaranya adalah seperti berikut:

Komuniti MADANI X NADI
Kuiz Roda Merdeka
RIUH X HKHM
Pameran Kemerdekaan
Pameran Kids Tech Centre dan Urban Farm Tech
Promosi Program Pengajian Jarak Jauh UiTM
Skim Perlindungan PERKESO
Skim Pinjaman Laptop dan Desktop Percuma
Gantian Kad Pengenalan
Pertandingan Mewarna
Kaunter Pengurangan Saman PDRM
Semakan dan Pembayaran Cukai serta Kompaun Majlis Perbandaran Sepang
Jualan Ehsan Rahmah MADANI
Jualan Kombo Agro MADANI
Meet & Greet Bersama Maskot Yunni
Foodtrucks
Pembaharuan Lesen Memandu
Pertandingan Bintang Patriotik
Persembahan PENTARAMA
Kaunter Pendaftaran MyDigital ID
Mobile Library
Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 3
Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 4
Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 5

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun saman PDRM atau program-program sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 ini, sila rujuk portal rasmi Merdeka360.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More