Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina Pada 27 & 28 Januari 2025
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai diskaun tol sebanyak 50% sempena Tahun Baru Cina 2025 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia.
Isi Kandungan
Makluman Pemberian Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina 2025
Keputusan memberikan diskaun 50% dari kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa) bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara, iaitu:
- Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dan
- Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa cuti panjang ini.
Kenyataan mengenai diskaun tol 50% sempena Tahun Baru Cina 2025 ini telah rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia pada Isnin, 24 Januari 2025.
Cadangan Jadual Waktu Perjalanan
Pengguna disarankan untuk memuat turun apps MYPLUS-TTA di PLUS App (Official) untuk mendapatkan Cadangan Jadual Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) bagi meningkatkan aspek keselamatan dalam pengalaman pemanduan supaya kita semua dapat sampai ke destinasi dengan selamat bagi memaknai pengertian sebenar sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada kali ini.
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS).
Pengguna yang menggunakan lorong Smart Lane diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong Smart Lane yang telah diaktifkan, memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan peka dengan keadaan sekeliling semasa.
Panduan Penggunaan Lebuh Raya Sepanjang Perayaan Hari Raya Cina 2025
Semua pengguna lebuh raya diingatkan supaya mengikut panduan penggunaan seperti berikut:
- Mengikut jadual waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) oleh syarikat konsesi lebuh raya.
- Memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.
- Memastikan baki eWallet dan Kad Touch ‘n Go mencukupi.
- Memastikan baki SmartTAG mencukupi.
- Menggunakan pautan paparan CCTV Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengenai keadaan lebuh raya sebagai panduan sebelum dan semasa perjalanan.
- Bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di semua lebuh raya, pengguna juga boleh melayari laman sesawang LLM. Di samping itu, maklumat keadaan trafik juga boleh diperolehi daripada WhatsApp Channel LLM Info Trafik.
- Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemas kini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), di aplikasi X (@LLMtrafik) serta di TikTok (@llmtrafik).
- Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk memperoleh maklumat keadaan trafik terkini atau bantuan semasa di lebuh raya.
- Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), diskaun tol ini boleh dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
- Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, diskaun akan diberikan kepada kad Touch ‘n Go tersebut.
- Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, diskaun tol akan diberikan kepada eWallet mereka.
- Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif. Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.
Sehubungan itu, diharapkan semua pengguna lebuhraya dapat memanfaatkan peluang itu sebaiknya dan merancang perjalanan bagi melancarkan pergerakan trafik berdasarkan panduan yang telah disediakan.