Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Disleksia- Ciri-ciri, Keistimewaan Dan Pemulihan

Isi Kandungan

Disleksia

  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
  • Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi Disleksia
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Ciri-Ciri

  • Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Disleksia

  • Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Keistimewaan

  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)

Disleksia

  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah Yang Dihadapi

  • Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  • Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  • Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
    • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Pemulihan

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
  3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    • Terapi pertuturan
    • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      • Merasa pergerakan bibir
      • Menulis huruf atau perkataan
  4. Langkah-langkah pemulihan :
    • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    • Gunakan video atau kaset untuk belajar
  5. Program pemulihan khusus :
    • Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan  Disleksia- Ciri-ciri, Keistimewaan Dan Pemulihan akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout, Tekanan Darah Tinggi- Penyebab,Tanda,Komplikasi Dan Rawatan,Penyakit batu Karang,Kanser Perut Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More