Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dividen ASB 2023: Makluman Penangguhan Urus Niaga ASB

Berikut dikongsikan berkaitan makluman terkini tentang dividen ASB 2023 yang telah dikeluarkan oleh pihak Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Isi Kandungan

Penangguhan Urus Niaga ASB Bagi Tahun 2023

Penangguhan urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2024 manakala saluran lain seperti kaunter ASNB dan agen akan dibuka semula pada 3 Januari 2024.

Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda mendaftar myASNB secara online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Untuk makluman, Penghantaran Penyata Pengagihan Pendapatan, laporan tahunan dan / atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

  • Penyata Pengagihan Pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan / atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB iaitu www.asnb.com.my.
  • Pemegang unit / penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan cetakan layan diri melalui ASNB portal di www.myasnb.com.my.
Dividen ASB 2023: Makluman Penangguhan Urus Niaga ASB 1
Dividen ASB 2023

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2023

Tarikh pengumuman dividen ASB bagi tahun 2023 masih belum diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Namun, kebiasaannya ia akan dibuat pada setiap hujung tahun.

Contohnya, bagi tahun yang lalu, ia diumumkan pada 22 Disember 2022, di mana tarikh penangguhan urus niaga juga diumumkan bermula pada 21 Disember 2022.

Maka, kita bolehlah membuat anggaran jangkaan tarikh pengumuman dividen ASB 2023 adalah pada sekitar tarikh berkenaan.

Jumlah Dividen & Bonus ASB Bagi Tahun-Tahun Sebelumnya

Semestinya semua pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) tidak sabar untuk menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar yang lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.60 sen (dividen) yang diumumkan pada tahun lalu atau pun sebaliknya.

TahunDividen (%)Bonus (%)
20224.600.50
20214.250.75
20195.000.50
20186.500.50
20177.001.25
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.651.15
20107.501.25
20097.301.25
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
Dividen ASB 2023

Perbezaan Antara Simpanan, Pelaburan Dan ASB

Kami kongsikan sedikit perbezaan antara simpanan, pelaburan dan ASB untuk pengetahuan dan makluman semua yang masih belum mengetahuinya.

SimpananPelaburanASB
KecairanKecairan tinggi, wang simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.Kecairan rendah, wang yang dilaburkan tidak mudah dikeluarkan, malah kadang-kadang pelabur berdepan kerugian.Kecairan tinggi, wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.
Kos PermulaanRendah dan berbeza mengikut bank.Biasanya tinggi, bergantung kepada jenis pelaburan. Hartanah contohnya memerlukan kos permulaan yang tinggi.Rendah, pelaburan minimum permulaan adalah RM10 dan pelabur boleh menambah pelaburan tunai pada bila-bila masa sahaja.
PulanganPulangan rendah, sekitar 1 hingga 2 peratus setahun.Pulangan sederhana dan tinggi bergantung kepada risiko yang perlu ditanggung.Berpotensi mendapat pulangan yang lebih baik berbanding simpanan.
RisikoRendahSederhana Dan TinggiRendah
Dividen ASB 2023

Selain itu, pelbagai kelebihan yang anda boleh dapat jika melabur di ASB antaranya adalah

  1. Pelaburan yang anda lakukan adalah sah dari segi undang-undang.
  2. Simpanan anda adalah dianggap sebagai simpanan masa hadapan.
  3. Peluang untuk anda melabur dengan modal yang kecil.
  4. Dapat mengurangkan inflasi dan meningkatkan ekonomi negara.
  5. Mudah untuk dicairkan atau mengeluarkan duit pelaburan anda.
  6. Pelbagai portfolio pelaburan yang ditawarkan.

Justeru, banyak kelebihan yang baik yang boleh didapatkan apabila melabur di ASB.

Diharapkan perkongsian info tentang makluman terkini tentang dividen ASB 2023 ini bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia di luar sana terutamanya semua pelabur ASB!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More