Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengagihan Pendapatan / Kadar Dividen ASB 2024 & Bonus

Berikut dikongsikan makluman terkini mengenai dividen ASB 2024 yang telah dikeluarkan oleh pihak Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Isi Kandungan

Penangguhan Urus Niaga ASB Bagi Tahun 2024

Penangguhan urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2025 manakala saluran lain seperti kaunter ASNB dan agen akan dibuka semula pada 2 Januari 2025.

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Untuk makluman, Penghantaran Penyata Pengagihan Pendapatan, laporan tahunan dan / atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

Penyata Pengagihan Pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan / atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB iaitu www.asnb.com.my.

Pemegang unit / penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan cetakan layan diri melalui ASNB portal di www.myasnb.com.my.

Pengagihan Pendapatan / Kadar Dividen ASB 2024 & Bonus 1
Dividen ASB 2024

Kadar Dividen ASB 2024 & Bonus

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan (kadar dividen) ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dengan dana harga tetap 5.75 sen seunit.

Jumlah pengagihan tersebut meliputi pengagihan pendapatan 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit.

Pengagihan Pendapatan / Kadar Dividen ASB 2024 & Bonus 2
Dividen ASB 2024
Pengagihan Pendapatan / Kadar Dividen ASB 2024 & Bonus 3
Dividen ASB 2024
Pengagihan Pendapatan / Kadar Dividen ASB 2024 & Bonus 4
Dividen ASB 2024

Tarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB

Semakan pengkreditan ASB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.

Semakan pengkreditan lazimnya boleh dibuat mulai 1 Januari secara online di Portal MyASNB dan mulai 2 Januari di Kaunter ASNB.

Cara Semakan Dividen ASB Secara Online

Langkah-langkah untuk membuat semakan ASB secara online adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke myASNB.
  2. Daftar atau login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar buat kali pertama).
  3. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan.
  4. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan.
  5. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan.

Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda mendaftar myASNB secara online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.

Sejarah Dividen & Bonus ASB Bagi Tahun-Tahun Sebelumnya

Jumlah dividen dan bonus ASB bagi tahun 2023 dan tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:

TahunDividen (%)Bonus (%)
20234.251.00
20223.351.25
20214.250.75
20203.500.75
20195.000.50
20186.500.50
20177.001.25
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.651.15
20107.501.25
20097.301.25
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai dividen ASB 2024 ini, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan perkongsian info tentang makluman terkini tentang dividen ASB 2024 ini bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia di luar sana terutamanya semua pelabur ASB!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More