Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024
![Dividen Bank Rakyat 2023](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2024/04/Dividen-Bank-Rakyat-2023-4-750x430.jpg)
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai dividen Bank Rakyat 2023/2024 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Pengumuman Dividen Bank Rakyat 2023/2024
Dividen Bank Rakyat biasanya diumumkan sekitar bulan April setiap tahun dan bagi tahun ini, ia telah diumumkan pada 5 April 2024 baru-baru ini.
![Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 1 Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 1](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2024/04/Dividen-Bank-Rakyat-2023-3-1024x683.jpg)
Bank Rakyat akan membuat pembayaran dividen setelah ianya mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkenaan.
Bank Rakyat telah mengumumkan bahawa dividen adalah sebanyak 15% dan dividen istimewa 2% bagi tahun kewangan 2023 bersempena dengan Ulang Tahun Bank Rakyat yang ke-70.
![Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 2 Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 2](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2024/04/Dividen-Bank-Rakyat-2023.jpg)
![Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 3 Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 3](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2024/04/Dividen-Bank-Rakyat-2023-1.jpg)
Tarikh Pengkreditan Dividen Bank Rakyat Bagi Tahun Kewangan 2023
Pembayaran dividen kepada ahli-ahli akan dibuat bermula 5 April 2024, manakala pembayaran dividen istimewa sebanyak 2% akan dilakukan pada September 2024.
Keuntungan Sebelum Cukai & Zakat
Bank Rakyat juga telah merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
![Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 4 Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 4](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2024/04/Dividen-Bank-Rakyat-2023-2.jpg)
Sejarah Kadar Dividen Tahun Lalu Bank Rakyat
Berikut adalah kadar dividen Bank Rakyat yang diumumkan pada tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya.
Tahun | Kadar Dividen Bank Rakyat |
---|---|
2010 | 15 % |
2011 | 20 % |
2012 | 18 % |
2013 | 15 % |
2014 | 15 % |
2015 | 13 % |
2016 | 15 % |
2017 | 15 % |
2018 | 13 % |
2019 | 14 % |
2020 | 13 % |
2021 | 15 % |
2022 | 15 % |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Dividen Bank Rakyat ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:
- Facebook Bank Rakyat
- Laman Web Rasmi Bank Rakyat
- Talian Hotline Bank Rakyat: 1-300-80-5454
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!