Agihan Keuntungan / Kadar Dividen Tabung Haji 2024

Berikut dikongsikan mengenai kadar dividen tabung haji 2024 yang telah diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan [show]
Pengumuman Dividen Tabung Haji 2024
Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2024 adalah meningkat kepada kadar 3.25% setelah zakat 2.5775% dilunaskan bagi pihak pendeposit.
Pengumuman agihan keuntungan tahun 2024 ini dibuat setelah Penyata Kewangan TH selesai diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
Berikut adalah info ringkas mengenai agihan keuntungan bagi tahun 2024, iaitu:
- Tertinggi dalam 7 tahun.
- Jumlah agihan sebanyak RM2.92 bilion.
- Memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit.
- Membantu mengembangkan simpanan pendeposit.
- Prestasi pelaburan yang lebih baik.
- Dipacu pasaran modal domestik.
- Pertumbuhan ekonomi negara yang baik pada tahun 2024.
- Usaha berterusan mengawal kos operasi.
- ZAKAT 2.5775% – Telah dilunaskan oleh TH bagi pihak pendeposit.
- RM99.35 Juta – Pelunasan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi tahun 2024.
- RM1.47 Bilion – Jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan sehingga tahun 2024.
- >2.2 Juta – Asnaf terima manfaat daripada Program CSR Zakat Wakalah TH sehingga tahun 2024.


Tarikh Semakan Agihan Keuntungan TH Tahun 2024
Semakan pengkreditan agihan keuntungan atau dividen tabung haji untuk tahun 2024 ini boleh dibuat mulai 23 Mac 2025 melalui saluran-saluran berikut:
Aplikasi THiJARI |
Kaunter: Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat |
Rakan Strategik TH: Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank |

Cara Semakan Menggunakan THiJari
Berikut adalah cara membuat semakan pengkreditan agihan keuntungan atau dividen tabung haji 2024 secara online melalui portal THiJARI.
- Layari laman web rasmi THiJARI.
- Masukkan ID Pengguna yang telah didaftarkan.
- Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
- Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
- Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > ‘Bulan’ atau ‘Transaksi Terkini’. Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2024.
Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan TH
Sebelum anda membuat semakan, pastikan semua kriteria dibawah dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima agihan keuntungan atau dividen tabung haji 2024, iaitu
- Telah membuka akaun sebelum / pada 5 Disember bagi tahun kewangan terlibat.
- Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat.
- Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan, tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.
Pendeposit Tidak Perlu Lagi Membayar Zakat Setelah Menerima Dividen TH
Salah satu kelebihan membuat simpanan di Tabung Haji adalah, TH turut melunaskan pembayaran zakat pendeposit.
Oleh itu, selain mendaftar Haji, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.
Sejarah Kadar Dividen Tahun Lalu TH
TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan TH bagi tahun 2024 sebanyak 3.25% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.
Berikut adalah kadar agihan keuntungan atau dividen tabung haji yang diumumkan pada tahun 2023 dan tahun-tahun sebelumnya.
Tahun | Kadar Agihan Keuntungan / Dividen TH |
---|---|
1994 | 9.5% |
1995 | 9.5% |
1996 | 9.5% |
1997 | 9.5% |
1998 | 8.0% |
1999 | 8.0% |
2000 | 5.5% |
2001 | 3.25% |
2002 | 3.5% |
2003 | 4.0% |
2004 | 4.3% |
2005 | 4.5% |
2006 | 4.75% |
2007 | 5.0% + 2.0% Bonus |
2008 | 5.0% |
2009 | 5.0% |
2010 | 5.5% |
2011 | 6.0% |
2012 | 6.5% + 1.5% Bonus |
2013 | 6.0% + 2.0% Bonus |
2014 | 6.25% + 2% Bonus |
2015 | 5% + 3% Bonus |
2016 | 4.25% + 1.50% Bonus |
2017 | 4.25% + 1.75% |
2018 | 1.25% |
2019 | 3.05% |
2020 | 3.10% |
2021 | 3.10% |
2022 | 3.10% |
2023 | 3.10% |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Dividen Tabung Haji 2024 ini, sila rujuk Tabung Haji Contact Centre (THCC) melalui saluran-saluran berikut:
- Telefon: +603 – 6207 1919
- Faks: +603 – 7728 4959
- E-mel: th-info@lth.gov.my
- SMS: TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
- Media Sosial: Facebook Official Lembaga Tabung Haji
Waktu Operasi adalah bermula 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Beroperasi pada hari Isnin sehingga Ahad, kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!