DIY Cara Mengosok Pakaian Paling Mudah dan Cepat
diy cara mengosok pakaian paling mudah dan cepat seringkali mencari point carian utama bagi semua orang. Setiap kali hendak menggosok pakaian, pelbagai rungutan dan keluhan akan timbul. Lebih-lebih lagi apabila hendak mengosok jenis fabrik yang sukar digosok. Sememangnya menyakitkan hati dan memberikan tekanan. Tambahan pula apabila anda telah lewat untuk ke tempat kerja.
Akibatnya, terpaksa memakai pakaian yang separa berkedut kerana tidak cukup masa untuk mengosok dengan kemas.
Di sini dikongsikan tips diy cara mengosok pakaian paling mudah dan cepat dari FB Afnee Baker Menariknya, anda akan dapat menggosok kedua-dua bahagian serentak dalam satu masa! Hebat bukan?
Anda dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana dapat selesai mengosok dalam masa yang pantas. Hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah didapati sahaja.
- Kain cotton / Kain sarung papan seterika
- Aluminium foil
- Stapler
- Double sided tape
Isi Kandungan
CARA-CARA diy cara mengosok pakaian paling mudah dan cepat
1. Pastikan ukuran aluminium foil dan papan seterika bersesuaian. Anda perlu pastikan ia boleh membaluti keseluruhan papan seterika tersebut.
2. Kemudian, anda perlu balutkan aluminium foil yang telah diukur sebentar tadi di atas papan seterika tersebut dan tampalkannya dengan menggunakan ‘double sided tape’.
NOTA : pastikan anda menggunakan aluminium foil bahagian yang berkilat di atas.
3. Selepas selesai membalut menggunakan aluminium foil tersebut, anda perlu membuat balutan kedua dengan menggunakan sehelai kain cotton juga mengikut ukuran papan seterika ataupun lebih mudah anda boleh menggunakan sarung seterika yang sedia ada.
Kemudian, anda hanya perlu stapler sahaja kain tersebut pada papan seterika dan memperkemaskannya.
4. Selesai. Hasilnya anda mendapat sebuah papan seterika berwajah baru dan mempunyai fungsi yang hebat.
Semudah 123 bukan? Sekarang anda boleh mencuba dan melihat kesan ajaibnya!
Hasilnya, tugas anda akan menjadi lebih kemas dan ternyata berbaloi. Selain itu, anda juga boleh baca berkenaan dengan Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP bagi yang akan menduduki temuduga nanti.
Namun anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan perlu kawal suhu seterika anda mengikut material kain kerana aluminium foil membantu memcepatkan peningkatan suhu berbanding biasa.
SELAMAT MENCUBA!
sumber : FB Afnee Baker