Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK

My Made By Mom Dapur Mainan for my kiddos

Tengok harga dapur kanak kanak dekat IK** waaaah ternganga

So this is my project for my kiddos, yang paling best cost paling tinggi pun RM100 sahaja save rm300 wooooo !!!!!!.. tu pun sebab beli barang sikit dekat kedai hardware sebab lupa nak beli dekat Mr. Diy

Senang sangat nak buat..iron lady macam saya pun mengambil masa max 2 jam saja (ni pun sebab power screwdriver takleh fungsi..kena putar guna kuasa tangan 😭😭)

P/s Ini adalah tips dari saya untuk mainan dapur yang tahan lama (anak ganas dan kalau taknak guna boleh jadi perabot anak pulak)
1. Kenapa tak beli yang rm30 tu dr shopee ke lazada?
– daaaah beli tapi yang tu senang tercabut dan patah melainkan gam dengan gam kuat selepas buat
2. Kenapa tak buat dari kotak?cost jauh lagi murah
-daaaaahhh…tapi sekali lagi kotak tak tahan lama dan senang koyak..jika dapat kotak besar kotak banyak boleh buat lagi besar

Ini adalah cubaan saya kali ke3 untuk buat dapur kuat (tahan lama dan tahan ganas anak2) serta boleh pelbagai guna (taknak tempat masak boleh jadi perabot kemudian hari)

So sini la step by step nak buat dapur mainan kanak2 :

dapur mainan
dapur mainan

Bahan yang diperlukan;
1. Alamari – rm69.90
2. Penyangkuk – rm7.50 (dekar Mr.Diy rm2 je)
3. Sticker (rm2.80)
4. Kertas a4 sticker (rm 4 rasanya)
5. Bakul (takde dalam gambar,beli dekat daiso tp Me diy pun ada) – rm5.90x 3

 

Beli rak ni dekat tesco rm69.90 (masa cny lagi murah..huhuhu terlepas sale)
Yang lain boleh beli dekat Mr. DIY

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 1
dapur mainan

Lepas install almari rupa macam ni. Saja amik yang ada design ni sebab anak suka main buka tutup. Ada warna pink jugak tau!

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 2
dapur mainan

Sesi melekat sticker! Pastikan masa beli sticker beli jenis satu kertas a4 tu sticker
Saya silap beli nampak macam a4 tapi sebenarnya dah kena potong jadi label kecik..tula kena lekat satu satu. Gambar tu saya cari dan print dari internet. Sticker dapur boleh dapatkan dekat Tesco jugak.

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 3
dapur mainan

Ni maksud saya bakul putih yang takde dalam gambar bahan awal..nak beli bakul lain size lain pun boleh

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 4

Lekat penyangkuk…bakul saya letak macam ni

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 5

Tadaaa..lepas habis lekat sticker..and susun barang

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 6

Haaa ni rupa dalam pulak..mainan ni semua kumpul kumpul dari masa aliyah kecik lagi..baru ada tempat betul nak letak

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 7

Pinggan,mangkuk,sudu garfu letak dalam bakul gini

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 8

Saya buat extra tempat gantung dekat tepi nak letak menu dan apron

DIY DAPUR MAINAN UNTUK ANAK 9

Anak bujang pulak yang excited dan main awal awal

Sumber: Fizah Sobri

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More