DIY KABINET DAPUR UNTUK ISTERI
DIY KABINET DAPUR : Dapur yang menarik dan cantik semestinya menjadi tempat idaman para isteri kerana itu tempat sang isteri memasak dengan penuh kasih sayang. Dapur yang dilengkapi dengan kabinet pasti memuaskan hati para isteri. Memandangkan kabinet dapur ketika ini terlalu mahal,para suami boleh cuba DIY sendiri kabinet dapur untuk di hadiahkan kepada isteri anda.
Mari lihat perkongsian mohd raffiq dalam group facebook suami isteri deco apa hari ini.
DIY KABINET DAPUR KAYU PINE
Setelah seminggu berjuang bersama isteri,akhirnya siap juga kitchen kabinet kayu pine impian isteri.
Bermodalkan kurang lebih RM250 untuk keseluruhan kitchen kabinet kami.
Bukan tak mampu,tapi suka buat apa yang kami nak.😁
hadiah kepada isteri saya yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kami yang ke 3,semoga isteri saya dipermudahkan urusannya nanti.
Nota
Harga yang saya nyatakan tu sbb buat sendiri ye,kalau upah orang mungkin akan jadi mahal sebab kualiti pembuatan dan skill diaorg,jangan bandingkan dengan hasil yang sy buat,kerana tersangat jauh bezanya.
Disetiap gambar,ada caption.
Terima order dari isteri melalui WhatsApp 😂😂
Total kos kayu = RM 112
Kos
Screw sekilo = RM15
Syelec. = RM48
Engsel. = RM24