Doa Agar Hati Tenang
Doa Agar Hati Tenang
Doa Agar Hati Tenang adalah doa buat kita memohon kepada Allah supaya hati kita tenang dalam apa jua keadaan yang sedang kita hadapi.
Isi Kandungan
Doa Agar Hati Tenang
Berikut disertakan beberapa doa penenang hati yang boleh dibaca dan diamalkan. Adalah penting untuk kita amalkan doa-doa ini sebagai tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT, dan juga bagi mendapatkan hati yang tenang. Berikut adalah koleksi Doa Agar Hati Tenang, semoga bermanfaat buat semua.
Doa Agar Hati Tenang 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.
Maksudnya:
“YA ALLAH, AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARI MENEMUI PENDERITAAN, DARI TAKDIR YANG BURUK & DARI KEBERHASILAN MUSUH“
Doa Agar Hati Tenang 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.
Maksudnya:
“WAHAI RABB YANG MAHA HIDUP, WAHAI RABB YANG BERDIRI SENDIRI TIDAK MEMERLUKAN SEGALA SESUATU, DENGAN RAHMAT-MU AKU MEMINTA PERTOLONGAN.“
– HADIS RIWAYAT TIRMIDZI
Doa Agar Hati Tenang 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
ALLAHUMMA LA SAHLA ILLA MA JA’ALTAHU SAHLA WA ANTA TAJ’ALUL HAZNA IZA SYI’TA SAHLA
Maksudnya:
“WAHAI TUHANKU, TIADA KEMUDAHAN MELAINKAN APA YANG ENGKAU JADIKAN MUDAH DAN PERKARA YANG SUSAH BOLEH ENGKAU JADIKAN MUDAH APABILA ENGKAU MENGKEHENDAKINYA.“
– SAHIH IBNU HIBBAN
Doa Agar Hati Tenang 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
ALLAHUMMA INNI A’UUZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN. WA A’UDZUBIKA MINAL AJZI WAL KASALI, WA A’UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UDZUBIKA MIN GHALABATID DAINI WA QAHRIR RIJAAL.
Maksudnya:
“YA ALLAH, AKU BERLINDUNG PADAMU DARI RASA SEDIH DAN GELISAH, AKU BERLINDUNG DARIPADA SIFAT LEMAH DAN MALAS, DAN AKU BERLINDUNG PADAMU DARI SIKAP PENGECUT DAN BAKHIL, DAN AKU BERLINDUNG PADAMU DARI CENGKAMAN HUTANG DAN PENINDASAN ORANG.“
– SAHIH BUKHARI
Doa Agar Hati Tenang 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHAANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIN.
Maksudnya:
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.“
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Doa Agar Hati Tenang 6
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli
Maksudnya:
“WAHAI TUHANKU, LAPANGKANLAH BAGIKU DADAKU, DAN MUDAHKANLAH BAGIKU URUSANKU, DAN LANCARKANLAH LIDAHKU SUPAYA MEREKA FAHAM UCAPANKU.“
– SURAH TAHA AYAT 25-28
Doa Agar Hati Tenang 7
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL
Maksudnya:
“CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PELINDUNG KAMI“
– SURAH AL-IMRAN AYAT 173
HATI YANG TENANG
Namun percayalah itu semua merupakan ujian Allah yang mahu menguji hambaNya agar kembali mengadu dan pasrah kepadaNya. Yang penting, sabar dan mintalah pertolongan Allah kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Sentiasa membasahkan lidah dengan zikir akan mendapat penghormatan tinggi serta rahmat daripada Allah SWT. Mereka yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT, perasaan serta jiwa akan sentiasa tenang walau apa juga cabaran yang mendatangi hidup mereka.
ADAB BERDOA
Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – Al Baqarah: 186
Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.
Penutup
Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Agar Hati Tenang ini dapat memberi panduan buat semua, supaya kita memohon ketenangan hati dalam menghadapi apa jua yang mendatang. Semoga doa agar hati tenang ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my anda dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dikurniakan hati yang tenang.
Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy
Artikel berkaitan:
Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)