Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Muharram 2024 (JAKIM)

Doa akhir tahun dan awal tahun adalah doa yang akan dibaca pada selepas asar dan maghrib menjelang awal Muharram. Berikutan tidak sampai seminggu lagi kita bakal menyambut tahun baharu Muharram, mari kita sama-sama tengok dan hayati doa ini agar lancar dibaca nanti.

Isi Kandungan

Doa akhir tahun dan awal tahun perkongsian JAKIM

Menerusi laman rasmi facebook milik JAKIM, telah dikongsikan doa akhir tahun dan awal tahun untuk panduan semua umat Islam.

Doa itu adalah eperti berikut:

*DO‘A AKHIR TAHUN HIJRAH*

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Yang bermaksud, Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.

Amin ya Rabbal ‘alamin

doa akhir tahun dan awal tahun

*DO‘A AWAL TAHUN HIJRAH*

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيمِ وَجُودِكَ المُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْئَـلُكَ العِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُودِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اللأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيزُ يَا مُتَعَالٍ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Yang bermaksud, Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.

Amin ya Rabbal ‘alamin’

doa akhir tahun dan awal tahun

DO‘A DIBACA DARI AWAL MUHARRAM HINGGA HARI KESEPULUH MUHARRAM

Selain doa akhir tahun dan awal tahun, JAKIM turut kongsikan doa lain yang boleh dibaca pada awal Muharram. Berikut adalah doa tersebut:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ قَدِيمٌ وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ وَسَنَةٌ جَدِيدَةٌ قَدْ أَقْبَلَتْ، نَسْئَـلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَنَسْتَـكْفِيهَا فَوَاتَهَا وَشُغْلَهَا فَارْزُقْنَا العِصْمَةَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ سَلَّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيرًا بِعُيُوبِنَا وَمُطَّلِعًا عَلَى عَوْرَاتِـنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَشَمَائِلِنَا يَرَانَا هُوَ وَقِبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ، اَللَّهُمَّ آيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْـتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ وَقَـنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَـنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ وَبَاعِدْ بَيْـنَنَا وَبَيْـنَهُ كَمَا حُلْتَ بَيْـنَهُ وَبَيْنَ مَغْفِرَتِكَ، إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ وَأَنْتَ الفَعَّـالُ لِمَا تُرِيدُ. وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ.

(Dibaca sebanyak 3 kali)

*DO‘A ‘ASYURA’*

AYAT INI DIBACA PADA HARI KESEPULUH MUHARRAM berbeza dengan doa akhir tahun dan awal tahun yang dibaca menjelang 1 Muharram.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

1. حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ.

(Dibaca sebanyak 70 kali)

2. سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ المِيزَانِ وَمُنْتَهَى العِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ العَرْشِ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ. سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالوِتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ كُلِّهَا أَسْئَلُكَ السَّلاَمَةَ كُلَّهَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ، وَهُوَ حَسْبِى وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الغَافِلُونَ.

(Dibaca sebanyak 7 kali)

3. اَللَّهُمَّ يَا مُفَرِّجَ كُلِّ كَرْبٍ وَيَا مُخْرِجَ ذِي النُّونِ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا جَامِعَ شَمْلِ يَعْـقُوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا غَافِرَ ذَنْبِ دَاوُودَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا كَاشِفَ ضُرِّ أَيُّوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا سَامِعَ دَعْوَةِ مُوسَى وَهَارُونَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا خَالِقَ رُوحِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَبِيبِهِ وَمُصْطَفَاهُ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا رَحْمَـٰنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ اِقْضِ حَاجَتِي فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَطِلْ عُمْرِي فِى طَاعَتِكَ وَمَحَبَّتِكَ وَرِضَاكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ.

*Sumber: Jab Mufti Negeri Sembilan

Info penting

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkongsi beberapa info penting berkaitan doa akhir tahun dan awal tahun. dan Berikut adalah perkongsian Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah (rujuk lampiran gambar).

  • Doa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijah 1443H bersamaan 29 Julai 2022M (Jumaat).
  • Doa Awal Tahun Hijrah (1444H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022M (Jumaat).

Info lain:

  • Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
  • 29 Julai 2022: Waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah pada jam 4.44 petang manakala waktu Maghrib adalah pada jam 7.30 malam.

Semoga semua dari kita dapat membaca doa akhir tahun dan awal tahun ini serta mendapat kebaikan darinya. Mudah-mudahan. (DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More