Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Apabila Mimpi Baik Dan Buruk

Doa Apabila Mimpi Baik Dan Buruk

Doa Apabila Mimpi Baik Dan Buruk adalah salah satu doa harian yang ringkas untuk kita amalkan dalam kehidupan harian kita.

 

 

Isi Kandungan

Doa Apabila Mimpi Baik dan Buruk

 

Pasti ramai di antara pembaca, termasuk penulis sendiri pernah terjaga di waktu tengah malam, kemudian tidak boleh tidur semula sama ada akibat bermimpi buruk atau sebab-sebab lain.

Hidup kita ini tidak akan sentiasa tenang kerana walau dalam tidur, syaitan akan menganggu manusia dengan perkara-perkara yang tidak disukai atau melalaikan seseorang. Itulah yang dinamakan dengan mainan tidur atau mimpi yang sering kita dengar bahawa ia adalah datangnya dari syaitan.

Di sini kami kongsikan Doa Apabila Mimpi Baik Dan Buruk yang boleh diamalkan untuk kehidupan harian kita semua.

 

Doa Apabila Mimpi Baik

 

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ قَطْلَ الْحَاجَتِ

“Alhamdulillahil ladzii qodzoo haajaati ”

Maksudnya:

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku”

 

Doa Apabila Mimpi Baik

 

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

“ Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami ”

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”

 

Bagi seseorang yang bermimpi buruk, adalah dicadangkan untuk berbuat seperti berikut:

a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh (mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .

Seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

 

 

ADAB BERDOA

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Apabila Mimpi Baik dan Buruk ini dapat memberi panduan buat semua, apabila menghadapi situasi mimpi ketika tidur. Semoga doa apabila mimpi ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

Nota: Gambar feature adalah daripada laman web MetroKini

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More