Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM)

Kita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab.

Justeru, berikut kami kongsikan pula doa berbuka puasa untuk rujukan semua umat Islam diluar sana.

Isi Kandungan

Anjuran Mengamalkan Doa Berbuka Puasa

Secara umumnya, rata-rata umat Islam sudah mengetahui lafaz niat puasa yang biasa dibaca.

Namun, ada juga lafaz doa berbuka puasa yang kurang masyur di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya, walaupun ia sebenarnya adalah lafaz doa yang mempunyai sandaran hadis.

Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”. 

[Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]

Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ

Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”.

[Al-Taubah:120]

Tambahan pula, terdapat satu lagi doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka, daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”.

[Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 1
Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa (Sendirian)

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya:
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”

Doa Berbuka Puasa (Beramai-Ramai)

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya:
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”

Adab Ketika Berbuka Puasa

Antara perkara-perkara yang boleh kita lakukan ketika berbuka puasa adalah:

  • Berbuka dengan segera apabila masuk waktu maghrib.
  • Berbuka puasa dengan kurma atau buah tamar.
  • Membaca doa ketika berbuka puasa.
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 2

Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa ketika menjelang waktu berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Antara cadangan doa-doa yang boleh kita amalkan ketika waktu mustajab tersebut adalah seperti berikut.

Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 3
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 4
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 5
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 6
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 7
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 8
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 9
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 10
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 11
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 12
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 13
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 14
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 15
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 16
Doa Berbuka Puasa Sendirian & Beramai-Ramai (JAKIM) 17

Sumber: Dewan Muslimat Pas Malaysia

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Manfaatkan waktu mustajab tersebut! 5 hingga 10 minit sebelum waktu berbuka puasa, jom tadah tangan berdoa dahulu!

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat berpuasa untuk semua umat Islam diseluruh dunia!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More