Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Himpunan Doa Dipermudahkan Urusan Yang Kita Boleh Amalkan

Terdapat banyak pilihan doa yang kita boleh amalkan agar urusan harian kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Sebagai umat islam, kita sangatlah digalakkan berdoa kepada Allah SWT sebelum melakukan sesuatu perkara kerana dalam segala urusan yang kita lakukan itu semestinya terdapat liku-liku cabaran samada besar ataupun kecil.

Isi Kandungan

Kepentingan Berdoa kepada Allah SWT

Mengapa kita perlu amalkan doa dipermudahkan urusan, sedangkan Allah itu Maha Mengetahui??

  • Ini kerana kita ini bersifat seorang hamba dan setiap hamba itu fakir dan perlu meminta kepada yang menciptakan kita iaitu Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu tahu apa keperluan dan kehendak setiap hambaNya.
  • Ketahuilah juga bahawa sebagai umat Islam, kita sedia maklum bahawa doa ni sebenarnya adalah senjata bagi orang mukmin manakala solat adalah merupakan satu bentuk ibadat dan pengabdian kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana ia mengakui bahawa hanya Allah Taala sahaja yang dapat memenuhi kehendak manusia.
doa dipermudahkan urusan
QS. Ghafir [40]: 60

Himpunan-Himpunan Doa Dipermudahkan Urusan

Di sini kami akan kongsikan beberapa doa yang boleh diamalkan agar dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat kita bersama.

Petikan Doa Doa Dipermudahkan Urusan Arti Doa
1) Surah Taha, Ayat 25 – 28رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Rabbisy rahli sodri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii”.
 “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku”.
2) Surah Al-Kahfi, Ayat 10رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
“Rabbana atina mil landunka wahaiyik lana min amrina rashada”
“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini”.
3) Surah Al-A’Araf, Ayat 126رَبَّنَاۤ اَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرًا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ
“Rabbana Afghir ‘alaina’ sobran wa tawaffanaa muslimin”
 “Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kmi dalam keadaan muslim”.
4) Doa Nabi Yunus ASلَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Laailaaha illaa anta subhaa naka innii kuntu minazzhoolimiin”.
 ”Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang berlaku zalim”.
5) Surah Al-Insyirah (Ayat 5-6)فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“fa’iina maalusri yusran , ‘iina mae alusr yusran”
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
6) Surah Al-Imran (Ayat 173) حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
“Hasbunallah Wanikmal Wakil”
“Cukup hanya Allah bagi kami dan Dia ialah Maha Pelindung”
7) Hadis Riwayat Ibnu Hibbanاللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”
8) Hadis Riwayat Muslimاللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيَ الَّذِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِيْ وَأَصْلِحْ لِيْ دُنْيَايَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشِيْ وَأَصْلِحْ لِيْ آخِرَتِيَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادِيْ وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِيْ فِيْ كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِيْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ
“Allaahumma ashlihlii diiniyalladzii huwa ‘ishmatu amrii wa ashlihlii dunyaa-yallatii fii-haa ma’aasyii wa ashlih-lii aakhirotiyallatii fii-haa ma’aadii waj-‘alil-hayaata ziyaadatan lii fii-kulli khoirin waj-‘alil-mauta roohatan lii min kulli syarrin”
“Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku.
Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan”
9) Surah At-Tahrim (Ayat 8)رَبَّنَآ أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَٱغْفِرْ لَنَآ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
“Rabbanā atmim lanā nụranā wagfir lanā, innaka ‘alā kulli syai`ing qadīr”
“Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”
10) Surah Al-Baqarah (Ayat 286)لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ
“Lā yukallifullāhu nafsan illā wus’ahā, lahā mā kasabat wa ‘alaihā maktasabat, rabbanā lā tu`ākhiżnā in nasīnā au akhṭa`nā, rabbanā wa lā taḥmil ‘alainā iṣrang kamā ḥamaltahụ ‘alallażīna ming qablinā, rabbanā wa lā tuḥammilnā mā lā ṭāqata lanā bih, wa’fu ‘annā, wagfir lanā, war-ḥamnā, anta maulānā fanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn”
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”
Doa Dipermudahkan Urusan

Kesimpulannya

Semoga dengan perkongsian doa dipermudahkan urusan ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Bacalah doa dipermudahkan urusan ini pada setiap pagi sebelum melakukan sesuatu kerja agar Allah permudahkan segala urusan kita. Kepada yang mencari bahan rujukan seperti Himpunan Doa Selepas Solat Rumi-Mudah Dan Ringkas, anda boleh mencarinya dalam artikel kami.

doa dipermudahkan urusan
Surah Al-A’raf, Ayat 55

>>Untuk lihat lagi artikel-artikel yang berkaitan boleh klik disini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More