Doa Masuk dan Keluar Rumah
Doa Masuk dan Keluar Rumah
Doa Masuk dan Keluar Rumah adalah doa untuk diamalkan apabila kita hendak masuk ke dalam rumah, serta ketika kita keluar dari rumah.
Isi Kandungan
Doa Masuk dan Keluar Rumah
Berdoa apabila kita hendak keluar rumah itu adalah salah satu sunah Rasulullah SAW.
Apabila kita keluar dari rumah, tiada sesiapa yang akan tahu apakah yang akan berlaku di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi yang hendak dituju. Semoga apabila kita membaca doa ini, ALLAH SWT akan memberikan perlindungan daripada sebarang bahaya, halangan dan sebagainya.
Disini disediakan Doa Masuk Dan Keluar Rumah yang dianjurkan oleh Rasullulah SAW. Semoga bermanfaat buat semua.
Doa Masuk dan Keluar Rumah
-Doa Masuk Rumah-
بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا، ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ
“Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa”
.
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal.“
Doa Masuk dan Keluar Rumah
-Doa Keluar Rumah-
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
“Bismillahi, tawakkaltu ’alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah”
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.“
ADAB BERDOA
Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – Al Baqarah: 186
Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.
Penutup
Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Masuk dan Keluar Rumah ini dapat memberi panduan buat semua dalam berdoa ketika ingin masuk ke dalam rumah, dan juga apabila keluar meninggalkan rumah. Semoga doa masuk dan keluar rumah ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dilindungi Allah.
Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy
Artikel berkaitan: