Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Memohon Keampunan Sepanjang Ramadan

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa memohon keampunan sepanjang Ramadan yang kita boleh amalkan dan juga boleh diteruskan pada bulan-bulan seterusnya.

Isi Kandungan

3 Fasa Bulan Ramadan

Terdapat 3 fasa pada bulan Ramadan, iaitu

  • Fasa Pertama – Rahmat
  • Fasa Kedua – Keampunan
  • Fasa Ketiga – Pelepasan Dari Neraka

Daripada Abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Permulaan bulan Ramadan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari api neraka.”

Pada 10 hari pertama Ramadan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkannya rahmat dari Allah SWT kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapat limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Setelah melewati 10 hari pertama Ramadan, kita akan memasuki fasa kedua bulan Ramadan atau fasa 10 hari pertengahan Ramadan, dimana keutamaan fasa kedua ini adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau ampunan. Inilah masa yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa yang kita lakukan dengan memperbanyak amalan zikir dan meminta keampunan agar semua dosa-dosa kita yang lalu di maafkan dan mengharapkan taubat kita diterima.

Setelah itu, 10 hari terakhir Ramadan pula adalah fasa pembebasan dari api neraka. Aisyah R.A. menceritakan tentang keadaan Nabi Muhammad SAW ketika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadan adalah: “Beliau, jika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadan, mengurangkan makannya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.”

Rasulullah SAW berdoa:

اللهم اجعل خير عمري آخره وخير عملي خواتمه وخير أيامي يوم ألقاك

Maksudnya: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah muktamadnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku berjumpa dengan-Mu kelak.”

Kesimpulannya, bulan Ramadan adalah bulan rahmat, pengampunan serta pembebasan dari api neraka.

Untuk itu, sepatutnya kita sebagai umat Islam perlulah bersungguh-sungguh apabila berada di dalam bulan ini dan juga di dalam bulan-bulan yang lain.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat rahmat, pengampunan serta pembebasan dari api neraka.

Doa Memohon Keampunan Sepanjang Ramadan

Daripada Aisyah R.A., bahawa beliau bertanya Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam Al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan?” Nabi Muhammad SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan amat suka akan pengampunan, maka ampunilah daku.”

Doa Memohon Keampunan Sepanjang Ramadan 1
Doa Memohon Keampunan Sepanjang Ramadan

Doa ini menjadi lebih bermakna apabila dibaca pada malam Lailatul Qadar.

Malam Lailatul Qadar merupakan malam di mana Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang memohon dengan tulus ikhlas.

Dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berdiri (menunaikan ibadah) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampunilah dosanya yang telah lalu.”

Walaupun kita tidak mengetahui waktu yang tepat bilakah akan berlakunya malam Lailatul Qadar, namun kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan pada malam sepuluh terakhir Ramadan termasuk memperbanyakkan membaca doa memohon keampunan sepanjang Ramadan ini. 

Ramadan Bulan Keampunan

Ramadan bukan sahaja sekadar menahan lapar dan dahaga, malah ianya adalah satu peluang besar untuk meraih keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Dari Abu Hurairah R.A., Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharap pahala dari Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Muttafaq ‘Alaih – Al-Bukhari no. 38, Muslim no. 760

Justeru, marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan ibadah yang terbaik dan hati yang ikhlas.

Berpuasalah dengan iman, beramal dengan ihsan, dan meraih keampunan Allah SWT.

Kelebihan Doa Orang Berpuasa

Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda baginda Nabi Muhammad SAW:

“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak akan ditolak, iaitu: Doa orang berpuasa hinggalah dia berbuka, Doa pemimpin yang adil dan Doa orang yang dizalimi.”

Doa Memohon Keampunan Sepanjang Ramadan 2
Doa Memohon Keampunan Sepanjang Ramadan

Diharapkan perkongsian doa memohon keampunan sepanjang Ramadan ini bermanfaat untuk semua umat Islam di luar sana.

Marilah sama-sama kita amalkan membaca doa memohon keampunan sepanjang Ramadan ini untuk memohon keampunan daripada Allah SWT dan untuk mendapat redha daripada Allah SWT.

Selamat berpuasa dan selamat beramal semua!

Artikel Berkaitan: Doa Menyambut Ketibaan Bulan Ramadan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More