Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2 Contoh Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat

Doa Ringkas Selepas Solat

Doa Ringkas Selepas Solat untuk amalan kita semua, bacaan doa yang ringkas selepas solat. Terdapat bacaan dalam jawi, rumi dan disertakan juga maksud bacaan doa ringkas selepas solat. Anda boleh amalkan mana-mana doa ringkas ini. Kami hanya kongsikan 2 bacaan yang mungkin senang untuk anda hafal dan amalkan selepas solat fardhu dan solat sunat.

Isi Kandungan

Doa Ringkas Selepas Solat

Antara waktu yang paling diperkenankan doa ialah selepas menunaikan solat fardhu lima waktu. Selepas solat fardhu lima waktu adalah disunatkan bagi semua orang berdoa samada berdoa secara sendirian atau secara berkumpulan. Kami berikan anda Doa Ringkas Selepas Solat seperti di bawah ini sebagai panduan berdoa. Semoga bermanafaat buat semua.

Doa Ringkas Selepas Solat 1

 

Doa Ringkas Selepas Solat

Bacaan Doa Selepas Solat dalam Rumi

Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in,

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan,

Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah,

robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab,

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud Bacaan Doa di Atas

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD YANG SEMULIA-MULIA PESURUH-NYA, SERTA KE ATAS KELUARGA DAN SEKALIAN SAHABAT-SAHABATNYA.

YA ALLAH! HIDUPKANLAH KAMI DENGAN IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DENGAN IMAN, SERTA MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA BERSAMA-SAMA IMAN. YA ALLAH! AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI DAN DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI.

KASIHANILAH KEDUA IBUBAPA KAMI SEPERTIMANA MEREKA BERDUA MENGASIHANI KAMI SEWAKTU KAMI MASIH KECIL. YA ALLAH! AKHIRILAH UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG BAIK DAN JANGANLAH ENGKAU AKHIRI UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG TIDAK BAIK.

YA ALLAH! JANGANLAH KIRANYA ENGKAU PESONGKAN IMAN KAMI SESUDAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI PETUNJUK. ANUGERAHILAH KAMI RAHMAT KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGURNIA.

WAHAI TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT. PELIHARALAH KAMI DARIPADA AZAB NERAKA. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN SEJAHTERA KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS SELURUH KELUARGA SERTA SAHABAT-SAHABAT BAGINDA. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM.

 

Doa Ringkas Selepas Solat 2

 

Doa Ringkas Selepas Solat

Bacaan Doa Selepas Solat dalam Rumi

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam,

wa islaamana islaamal muslimiin,

wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in,

wa a’maalana a’maalassolihin,

waniyyaa tana niyyatal mukhlisin,

wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin,

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’,

wamautana bimautissyuhada,

wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksud Bacaan Doa di Atas

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN SALAM ATAS SEMULIA-MULIA PARA NABI DAN RASUL, JUNJUNGAN KAMI MUHAMMAD DAN ATS KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA SELURUHNYA.

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI! TERIMALAH SOLAT DAN DOA KAMI. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI. BERILAH KEAMPUNAN KEPADA KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

YA ALLAH, JADIKANLAH AGAMA KAMI AGAMA NABI MUHAMMAD. KEISLAMAN KAMI, ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA. KEIMANAN KAMI, IMAN YANG SEMPURNA. SOLAT KAMI, SOLAT YANG KHUSYUK. AMAL KAMI, AMAL YANG SOLEH. NIAT KAMI, NIAT YANG IKHLAS. JADIKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA-DOSA YANG TERAMPUN. JADIKANLAH HIDUP DAN KEHIDUPAN KAMI, HIDUP DAN KEHIDUPAN PARA ULAMA. MATI KAMI DENGAN MATI SYAHID.

YA ALLAH, MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA BERSAMA DENGAN PARA NABI. YA TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SEKSAAN NERAKA. SEMOGA ALLAH MENCURAHKAN KESEJAHTERAAN KE ATAS SEBAIK-BAIK MAKHLUKNYA, JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD, KELUARGA DAN SAHABATNYA.

MAHA SUCI TUHAN YANG MAHA MULIA DARIPADA SEBARANG KEKURANGAN. SALAM SEJAHTERA KE ATAS PARA RASUL DAN SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.”

 

ADAB BERDOA

Dalam berdoa, ada adab yang perlu kita tahu dan jaga. Ini diibaratkan kita sebagai seorang hamba yang ingin meminta dan memohon sesuatu dari tuhan yang punyai segalanya.

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

Jangan Pernah Putus Asa dalam Memohon Doa

Setiap dari kita mempunyai hasrat, permintaan dan permohonan tersendiri di dalam doa masing-masing. Antaranya ialah untuk memohon :

Ya, banyak lagi perkara yang kita sebagai hambaNya memohon kepada Allah swt setiap hari setiap masa dan tidak tertakluk kepada doa selepas solat sahaja. Dan kita kena yakin Allah Maha Mendengar dan berjanji akan makbulkan setiap doa-doa yang dimohon hambaNya.

Namun, bila dan bagaimana itu tetap menjadi rahsiaNya. Ianya satu perkara ghaib dan kita harus yakin padaNya. Maka, tetaplah yakin dan terus berdoa dengan sabar. Hanya Allah swt yang tahu bilakah masa yang sesuai untuk doa kita dimakbulkan dan yakinlah kita merancang itu mungkin sudah baik tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sentiasa amalkan bacaan doa ringkas selepas solat dan jangan lupa Allah sentiasa mendengarkan doa kita. InsyAllah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More