Doa Sebelum Peperiksaan
Doa Sebelum Peperiksaan
Doa Sebelum Peperiksaan disertakan dengan amalan tertentu setelah kita berusaha untuk bersedia menghadapi peperiksaan dapat memberi kita jiwa yang tenang ketika menjawab peperiksaan.
Isi Kandungan
Doa Sebelum Peperiksaan
Setiap kejayaan memerlukan usaha yang tinggi, serta dedikasi. Pun begitu, usaha tanpa tawakkal dan doa kepada Allah SWT adalah tidak lengkap. Oleh yang demikian, adalah digalakkan untuk anda mengamalkan beberapa Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan seperti yang dikongsikan ini sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan dengan jiwa yang tenang dan aman. Diharap juga dengan mengamalkan doa sebelum peperiksaan ini akan memudahkan anda belajar dan tidak mudah lupa apa juga ilmu yang telah dipelajari.
Doa Sebelum Peperiksaan 1
(Doa Memohon Kejayaan dan Keputusan Baik)
.
Maksudnya:
“Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada tuan kami, Nabi Muhammad s.a.w. dengan rahmat yang dapat mengeluarkanku dari kegelapan keraguan, yang dapat memuliakanku dengan cahaya kefahaman dan mejelaskanku apa-apa yang samar sehingga aku faham. Sesungguhnya engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui dan engkau maha mengetahui hal-hal yang ghaib“
Doa Sebelum Peperiksaan 2
(Doa Penerang Hati)
Maksudnya:
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku“
Doa Sebelum Peperiksaan 3
(Doa Mengulangkaji Pelajaran)
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya:
“Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.“
Doa Sebelum Peperiksaan 4
(Doa Diberi Kecerdasan Berfikir)
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya:
“Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.“
Doa Sebelum Peperiksaan 5
(Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan)
رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ
Maksudnya:
“Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.“
Amalan Sebelum Peperiksaan
1. Perbanyakkan Solat Sunat
- Solat Sunat Dhuha – Dilakukan supaya dimurahkan rezeki dan keputusan yang baik itu juga rezeki
- Solat Sunat Hajat – Dilakukan supaya kita dapat memohon hajat apa yang kita inginkan. Ingin mengembirakan hati kedua ibubapa dengan keputusan yang cemerlang.
- Solat Sunat Taubat – Dilakukan supaya segala dosa diampunkan oleh Allah dan supaya Allah dengar akan doa kita.
2. Membaca Ayat Suci Al-Quran
Berdamping dengan al-Quran dan bacalah setiap hari. Islam juga mengaja kita supaya membaca surah Al-Waqiah supaya rezeki kita murah dipermudahkan urusan harian kita.
3. Restu Ibubapa Dan Guru
Sebelum kita melangkah keluar rumah, mohonlah restu dan minta maaf daripada kedua ibubapa kita dan memohon restu dan kemaafan daripada guru-guru di sekolah, supaya mereka redha dengan kita. Perkara ini sebenarnya boleh dilakukan dan perlu dilakukan setiap hari kerana ibubapa itulah antara manusia yang doanya mudah dimakbulkan oleh Allah.
4. Berfikiran Positif
Bermula daripada habis peperiksaan, jangan terlalu fikir perkara yang sudah lepas. Walaupun mungkin ada perkara yang kita salah tulis atau salah jawab. Sebab itulah doa itu perlu dan ianya senjata terbaik untuk umat Islam
ADAB BERDOA
Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – Al Baqarah: 186
Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.
Penutup
Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Sebelum Peperiksaan ini dapat memberi panduan, terutama dalam kita memohon untuk ditenangkan jiwa dan minda supaya dapat menghadapi peperiksaan dengan baik. Semoga doa sebelum peperiksaan beserta beberapa amalan baik ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dikurniakan hati yang terang dan dilapangkan dada. Selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar yang sedang atau akan menduduki peperiksaan.
Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy
Artikel berkaitan: