Doa Terjaga Malam & Amalan Rasulullah SAW Jika Terjaga Malam

Berikut adalah satu perkongsian mengenai doa terjaga malam yang kita boleh amalkan jika kita terjaga dari tidur dengan tiba-tiba pada waktu malam.
Isi Kandungan [show]
Apa Itu Doa Terjaga Malam?
Doa terjaga malam ialah satu amalan doa yang dibaca apabila seseorang terjaga dari tidur pada waktu malam dan ia bertujuan untuk menenangkan diri serta memohon perlindungan dan keampunan daripada Allah SWT.
Doa ini mempunyai kelebihan tersendiri, termasuk membantu menenteramkan hati dan jiwa yang gelisah, serta memperkukuh hubungan spiritual dengan Allah SWT.
Selain itu, waktu malam juga dianggap sebagai salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa.

Doa Terjaga Malam
Sesiapa terjaga pada waktu malam, kemudian membaca:
“Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tak ada sekutu bagiNya, milikNya semua kerajaan dan bagi-Nya semua pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, segala puji hanya milik Allah, Maha Suci Allah, tak ada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan Allah. Kemudian berdoa, “Ya Allah, ampunilah aku” atau lalu berdoa maka doanya akan diterima. Jika ia berwuduk lalu solat, maka solatnya akan diterima.”
Sahih Al-Bukhari
Amalan Rasulullah SAW Apabila Terjaga Dari Tidur Pada Waktu Malam
Rasulullah SAW mempunyai beberapa amalan yang dilakukan apabila terjaga pada waktu malam. Antaranya adalah seperti berikut:
Berwuduk & Tidur Kembali | Daripada Abdullah Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW pernah terjaga pada waktu tengah malam dan kemudian segera mengambil air wuduk sebelum tidur kembali. Ini adalah menunjukkan betapa pentingnya menjaga kebersihan dan kesucian diri. |
Membaca Doa | Rasulullah SAW juga mengamalkan membaca doa tertentu apabila terjaga di malam hari. Daripada ‘Ubadah bin Shamit RA, Rasulullah bersabda bahawa sesiapa yang membaca doa terjaga malam ini dan berdoa, doanya akan dikabulkan. Jika dia berwuduk dan solat, solatnya akan diterima. |
Menunaikan Solat Sunat | Rasulullah SAW menggalakkan solat tahajud atau solat sunat pada waktu malam. Solat ini merupakan amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT dan ia perlu dilakukan dengan tidur separuh malam, kemudian bangun untuk solat di sepertiga malam, dan tidur kembali. |
Doa yang dilakukan pada waktu malam lebih berkesan dan lebih berpeluang untuk dimakbulkan.
Justeru, amalan ini sangat digalakkan bagi umat Islam untuk memanfaatkan waktu malam bagi mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT.
Semoga perkongsian doa terjaga malam ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan amalan untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT pada setiap hari!
Selamat beramal! Semoga Allah SWT sentiasa menerima amalan kita. Allahumma Aamiin.